Labels

Saturday, December 18, 2010

Carilah Ilmu Galilah Hikmah

Dipetik dari buku: Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni.

Untuk mendapat kebahagiaan, anda perlu mengerti dan memahami hal-hal yang berkaitan dengan agama anda. Mempelajari ilmu-ilmu (terutama ilmu tauhid) akan menerangi hati dan membuat Allah meredhai, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Jika Allah menghendaki seorang hamba menjadi baik, maka Allah akan menjadikannya mengerti tentang agama.” Kerana itu, bacalah buku-buku yang bermanfaat yang boleh menambah ilmu dan pengertianmu tentang agama, seperti kitab Riyadhus Solihin, Fiqh as-Sunnah, Fiqh ad-Dalil, kitab-kitab tafsir yang mudah difahami dan artikel-artikel yang bermanfaat.

Anda perlu sedar bahawa sebaik-baik usaha adalah usaha untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh Allah dalam kitab-Nya, dan mengetahui apa yang dimaksudkan oleh utusan-Nya dalam sunnahnya. Rajin-rajinlah mengkaji kandungan al-Quran dan mempelajarinya bersama kawan dan sahabat. Sebaik-baiknya, hafazlah ayat yang mudah dihafaz. Dan elok juga sering mendengar bacaan al-Quran, kemudian berbuatlah sesuai dengan pesanan al-Quran.

Kejahilan tentang selok-belok Islam tidak ubah seperti berada dalam kegelapan, dan menyebabkan hati bingung. Buatlah perpustakaan sendiri walaupun jumlah bukunya sedikit tetapi bermanfaat. Namun jangan sampai waktumu terbuang sia-sia hanya untuk mendengar muzik atau hanya sekadar menontot TV. Setiap detik dari umurmu akan dicatat, maka laburkanlah umurmu untuk keredhaan Allah.

Pedoman hidup: Perkara yang paing sukar pun akan menjadi lebih mudah jika disertai dengan senyuman dari seorang yang ikhlas.

No comments:

Post a Comment