Labels

Wednesday, February 15, 2012

20022000


♥Duit atau harta boleh dicari...Nyawa tdk boleh dibeli atau ditukar ganti...begitu juga dengan kasih sayang...♥

Merenung sejenak tatkala 20 Februari tiba lagi. ALHAMDULILLAH..Kasih syg yg terjalin antara aku dan keluarga masih erat sehingga kini wlpn pelbagai ujian kami tempuhi disepanjang menjalani hidup ini."Yang pahit akan manis jua akhirnya.."


20022000. Bukan nombor akaun bank atau nombor polisi insurans. Bukan juga kod rahsia atau pengenalan peribadi. Tapi ia adalah nombor yang tidak mudah dilupakan oleh setiap ahli keluarga kami. Ia adalah titik paling hitam dalam sejarah keluarga kami. Kami mengingatinya dengan cara kami sendiri.

20022000 adalah tarikh. Tanggal 20 Februari tahun 2000. Kami sekeluarga hilang tempat berteduh. Tempat sebahagian kami dilahir dan dibesarkan. Dipenuhi hilai tawa, gurau-senda, memahat suka-duka selama 30 tahun.

Agak besar rumah kami itu. Rumah kampung, kayu lama, beratap asbestos dan bata tanah. Ruang legarnya sahaja 30X30 kaki. Sekira-kira anak berumur 3 tahun tak perlu ke padang kalau sekadar untuk mengah-mengah berlari.

Ada tiga ruang dapur berasingan, tiga bilik air, empat bilik tidur, satu bilik yang dijadikan perpustakaan peribadi. Luas keseluruhan tidak kurang daripada 50X50 kaki.

Tanggal 20 Februari 2000, ketika masjid dan surau berdekatan memperdengarkan bacaan al-Quran menandakan waktu hampir memasuki Asar, ia ranap menyembah bumi. Seinci demi seinci ruangnya dimamah ganas oleh api yang tidak kenal belas kasihan.

Tiada siapa yang mampu bertindak di rumah ketika itu. Yang ada hanya empat nyawa, kesemuanya ‘kurang upaya’. Nenek yang sememangnya uzur dan hanya mengensot di atas rumah. Anak sulung keluarga kami, Fatimah Zaharah atau nama timangannya Farah, 13 tahun, sedang tidur di biliknya. Manakala dua adiknya, Umar Abdulaziz dan Umar Basyir, masing-masing 7 dan 5 tahun bermain di halaman rumah.

Atuk yang tiba-tiba kehausan baru sekejap meninggalkan rumah ke warung yang jaraknya hanya 100 meter dari rumah.
Mamanya ( Puan Saodah ), sedang mengikuti kelas memandu, juga tidak jauh dari rumah. Dua lagi adiknya, Umar Mukhtar dan Halimah Saadiah, bersekolah sesi petang di sekolah kebangsaan tidak jauh dari rumah.

Manakala babanya jauh nun di Kuala Terengganu di hari pertama memulakan kembali kerja setelah bercuti panjang sejak September 1999.

Atuk yang bergegas pulang sebaik diberitahu jiran, tidak berupaya melangkah segagah biasa. Dalam keadaan separuh sedar, kakinya tiba-tiba lembik dan lumpuh. Atuk tidak berdaya menapak lebih jauh. Kata jiran-jiran yang menyaksikan, Atuk rebah tidak kurang dari tiga kali di antara warung itu ke halaman rumah.

Atuk memberitahu kemudian, perkara paling utama dalam mindanya ketika itu ialah Farah, anak sulung keluarga kami. Ketika Atuk keluar dari rumah 10 minit sebelum itu Farah masih nyenyak di bilik tidurnya. “ Cucu aku, cucu aku!”, raung Atuk separuh histeria. Beberapa jiran terpaksa berkongsi tenaga memegang Atuk yang terus meronta dan mahu meluru ke arah rumah yang sedang ‘derita’ dimamah api. Alangkah sedihnya suasana ketika itu.

Kuasa Allah, dalam kesibukan nenek cuba memadam api yang pada ketika itu masih kecil, Farah mudah terjaga. Bau asap yang semakin menebal mengejutkan lenanya. Dalam keadaan mamai, Farah sempat mendail kepada Ayah Longnya memaklumkan kejadian. Dia kemudian bergegas keluar rumah dan memastikan dua adiknya berada di tempat selamat.

Api terlalu cepat merebak, terutama melalui pendawaian elektrik. Hanya beberapa minit selepas gagang telefon diletak, taliannya disambar api.

Tiada apa yang dapat diselamatkan. Hanya nenek yang sempat mencapai beg tangannya. Segala isi rumah, termasuk perabot, peralatan elektrik, perkakasan dapur, pakaian, dokumen penting. Paling sukar dicari ganti ialah beberapa barangan koleksi peribadi baba dan mama yang sebahagiannya sejak di bangku sekolah. Antaranya ialah buku, setem lama, syiling lama pelbagai negara dunia dan beberapa buku berbahasa Inggeris yang dibeli sewaktu berada di luar negara. Ratusan foto kenangan yang tersimpan di dalam tidak kurang tujuh album turut lenyap.

Api terlalu ganas. Tiada saksi yang berani menghampiri rumah. Biar pun untuk menuntun basikal dan motosikal yang berda di bawah sutuh hadapan rumah. Apatah lagi untuk memecah masuk ke rumah menyelamatkan apa yang terlintas. Tiga ekor burung tekukur di dalam sangkar bersebelahan ruang tamu juga mati kepanasan.

Betul, kehilangan harta tidak dapat disamakan dengan kehilangan nyawa. Tetapi kesan emosi tetap ada. Tambahan pula rumah menyimpan seribu-satu macam kenangan pahit-manis. Sebab itu, di kalangan orang-orang tua dulu, mereka mengadakan tahlil sebagai tanda ‘berkabung’ mengiringi kebakaran sesebuah rumah. Bagi mereka, musibah itu menyamai kematian. Malang tidak berbau. Tidak seperti manusia atau makhluk bernyawa, rumah tidak dapat memberi alamat atau petanda awal tentang musibah yang bakal menimpanya.

Kesimpulannya, setiap manusia ada susah dan senangnya, ada sedih dan gembiranya, ada gagal dan berjayanya. Oleh itu, kita harus menerima segala yang telah ditentukan olehNya dengan seadanya. Hidup mesti di teruskan walau apa yang berlaku telah merubah hidup kita. Kita juga tidak mustahil untuk menjadikan sesuatu yang ‘pahit’ itu perkara yang paling ‘manis’ dalam hidup kita atau sebagai ‘pencabar’ bagi kita untuk meneruskan hidup dengan lebih sempurna.

Dgn IMAN kita yakin ujian&cabaran itu dtg drp ALLAH. IMAN menimbulkan rasa baik sangka,rasa pngharapan&keyakinan kpd pembelaan ALLAH.Inilah rasa yg dimiliki Rasulullah S.A.W setiap kali kesusahan melanda. Doa Nabi Ibrahim: "mudah-mudahan aku tdk kecewa dgn berdoa kpd Tuhanku..." (Maryam: 48)..kita perlu yakin bhwa ujian apapun yg menimpa tdk akan melampaui keupayaan kita utk mnghadapinya..(al-baqarah: 286)..



Sumber: <Special thnks to: ♥ Baba Mohd Nasir Awang>

~Sabar&Syukur~ ♥BerSABAR dgn Ujian-NYA, BerSYUKUR dgn nikmat dari-NYA... InsyaALLAH.. =) Hidupku demi mencari redha Ilahi..Amin..