Labels

Saturday, December 18, 2010

Biarlah Kita Bahagia Dengan Cara Kita Sendiri

Dipetik dari buku: Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni.



Orang yang sakit akan seronok selepas sembuh dan akan merasa kehilangan selepas penyakit tiada.

Muzik yang tidak keruan, nyanyian yang murahan, filem yang merosak, drama-drama bersiri yang menyesatkan, majalah lucah yang mengghairahkan dan buku-buku fiksyen yang tidak berkualiti, tidak dapat memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada anda.

Jika ada orang mengatakan perkara-perkara seperti itu boleh memberi kebahagiaan maka orang itu adalah pembohong besar. Semua ini adalah menjerumuskan, membuka jalan kesedihan, menjadi pintu kegundahan, kekalutan dan kesedihan hati. Dengan benar-benar mengakui bahawa hal ini tidak bermanfaat, maka pergilah dari kehidupan yang menyusahkan ini, kehidupan yang tidak berguna, membuang waktu dan penuh dengan orang yang telah melencong dari jalan Allah yang lurus. Ini berdasarkan pengakuan seorang wanita yang telah bertaubat dari semua itu.

Oleh itu, kita perlu berfikir dan mengkaji dengan penuh tumpuan, membaca hal-hal yang bermanfaat, nasihat yang mulia, khutbah yang membina, kejujuran yang menguntungkan dan taubat yang sebenar-benarnya. Marilah menuju kepada majlis zikir dan pengajian. Mudah-mudahan Allah menerima taubat anda dan ketenangan jiwa akan sentiasa ada padamu.

Pedoman hidup: Kesihatan hati ialah apabila ia bersih dari penyakit syirik, nifaq dan hasad dengki.

“Oh Tuhanku, lapangkanlah dadaku.”

No comments:

Post a Comment