Monday, May 7, 2012

La Tahzan --> Kebahagiaan IMAN

Tiada Jalan yang paling baik selain jalan untuk mendekati ALLAH

Terkadang jiwa tergerak kerana satu dorongan tertentu, sedangkan ia mempunyai kunci untuk membuka belenggu yang mengikatnya.

Tahukah anda apa bahagia itu? Adakah ia terletak pada harta yang banyak atau jawatan yang tinggi? Untuk menjawab soalan ini, eloklah kita cuba perhatikan keadaan berikut:
Pasangan suami isteri sedang bertengkar amat sengit, si suami berkata: “Aku akan buat engkau susah!” Si isteri menjawab dengan tenang: “Kamu tidak akan mampu.” Suami berkata: “Mengapa tidak?” Si isteri menjawab lagi: “Jika kebahagiaan terletak kepada harta, maka kamu boleh menahannya dariku. Jika kebahagiaan terletak pada perhiasan, maka kamu boleh menghalangnya supaya tidak sampai kepadaku. Kebahagiaan itu bukan pada apa yang kamu miliki, atau yang dimiliki manusia lainnya. Tetapi kebahagiaan itu aku temukan pada KEIMANANku di dalam hati. Dan hatiku tidak ada yang boleh menguasai kecuali Tuhanku.”
Benar! Itulah kebahagiaan yang sebenar, iaitu kebahagiaan IMAN. Tidak ada yang merasakannya kecuali orang yang hatinya, jiwanya, fikirannya mengalirkan cinta kepada ALLAH. Yang mempunyai kebahagiaan sejati adalah DIA yang Maha Esa, maka mohonlah kebahagiaan dari-NYA dengan ketaatan.

Tidak ada cara untuk memperolehi kebahagiaan melainkan dengan mengikuti ajaran agama yang benar, iaitu agama yang dibawa Rasulullah s.a.w. sesiapa mengetahui jalan ini, maka tidak akan menjadi masalah baginya sama ada tidur di dalam pondok, berbantalkan jerami, atau hanya makan sepotong roti, tetapi ia menikmati dan bahagia di dunia.
Orang-orang yang melencong dari jalan ini, maka hari-harinya akan dihiasi dengan kesedihan, hartanya akan menjadi beban, amal perbuatannya akan merugikannya, dan hujungnya ia tercampak dalam keadaan terhina.

Pedoman hidup: Memang tidak dinafikan harta perlu untuk menjalani hidup, tetapi kita hidup di dunia bukanlah semata-mata untuk mencari harta. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon afiat dan kesihatan.”
---> Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH.. ;)

No comments:

Post a Comment