Labels

Tuesday, May 22, 2012

Keistimewaan Rejab

Dengan izin Allah SWT, kitasudahpun berada di bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1433 ini. Jika diperhatikan,manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.
Adayang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibukdan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambutkedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkanamalan di dalamnya. Ada pula yang menyambutnya dengan terlampaumempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkanamalan padanya.
Kitamerasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami danmengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknyatanpa melampau atau mencuaikan.Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatanganRejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaantetamu agung, Ramadan al-Mubarak.
Ramadansudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman danpara pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepadaRamadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendampingsetia kepada Ramadan.
Keterkaitandalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotongdoa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, “YaAllah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umurkami hingga sampai ke bulan Ramadan”.(diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalamal-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).
Sebenarnyakeistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannyasebagai salah satu daripada empat bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya:Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allahdi waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram….(at-Taubah: 36)
Paraulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWTdalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalamal-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salahsatu daripada bulan-bulan haram.
Mengikutpandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulanRejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAWiaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.
Sebagaigolongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepasdaripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkancontoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalandengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengankeberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda.(Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai halini dalam tafsirnya).
Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailahkita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir danbersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebihcemerlang.
Sebahagianulama menganjurkan kita membanyakkan istighfardi bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulanSyaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisiatau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkandengan istighfar dan taubat.
Sesudahkita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kitabertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkantilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.
Jikadirenungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demimembantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.
Jikamenjadi keyakinan setiap mukmin bahawa hidup dunia ini sebagai suatu ujian ataupeperiksaan besar, maka Ramadan dan segala hari dan bulan yang istimewa dalamIslam bolehlah dianggap sebagai kelas-kelas tambahan atau ujian-ujian latihan.Ia akan mendorong kita sentiasa peka dan siap-siaga dalam mengharungi prosesujian tersebut.
Dengansegala kelemahan yang ada pada diri insan adalah sukar untuk menempah kejayaandalam ujian kehidupan ini jika kita tidak dapat menumpang belas ihsan danrahmat Ilahi. Dan sememangnya Allah SWT maha kaya dengan sifat rahim, ihsan danadil serta segala sifat-sifat kesempurnaan.
Diantara gambaran ihsan dan keadilan Allah SWT bagi kita para hambanya yangdiletakkan dalam ujian yang getir ini, kita tidaklah dibiarkan sendirian tanpapanduan. Selari dengan fitrah manusia sukakan kepelbagaian, silih-berganti haridan bulan Islam berserta dengan kaitannya dengan sirah Nabi memberi ruang untukkita memperkukuhkan tautan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Dibulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakanceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adatdan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka denganagama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yangterpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.
Malahpara pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencarimunasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi denganpenambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.
Inilahantara pandangan tokoh besar ulama dunia Islam, al-Muhaddith Dr. SayyidMuhammad Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam tulisan khususnya mengenai Israkdan Mikraj bertajuk al-Anwar al-Bahiyyah min Isra’ wa Mi’raj Khayr al-Bariyyah.
Beliauturut menegur golongan yang menentang penganjuran majlis sedemikian dengankatanya: “Memanfaatkan perhimpunan orang ramai dengan memberikan peringatan,petunjuk, nasihat dan mengarahkan mereka kepada kebaikan adalah lebih utamadaripada menghalang, menolak dan mengingkari perhimpunan mereka dengan alasanyang tidak ke mana. Selama ini pun, apa yang dapat dilihat tegahan mereka tidakpun memberikan sebarang kesan”.
Sememangnyaperistiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagaipengajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat. Selain antaramukjizat besar yang membuktikan kenabian Nabi kita SAW, ia telah menjadi saatumat Islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.
Ia jugamemperjelaskan keistimewaan kedudukan kita sebagai umat Nabi SAW dengan sebabmenumpang keistimewaan dan keutamaan Nabi SAW yang menjadi Imam segala Nabi danRasul. Melalui peristiwa tersebut kita juga diperingatkan realiti kehidupanakhirat dengan balasan azab dan nikmat yang akhirnya meletakkan segala yangkita lalui dan punyai dalam kehidupan ini dalam perspektifnya yang sebenar.
Inilahsekadar segelintir perkara iktibar di sebalik kehadiran bulan Rejab danperistiwa Israk dan Mikraj yang wajar diperincikan lagi dan diulang-ulangkan.
Semogakita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalamnaungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWTkepada kita. Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun ini lebih baikdaripada tahun sebelumnya... Amiin... ;)

Sumber: <Islam Itu Indah>

No comments:

Post a Comment