Monday, August 15, 2016

Saling mendoakan


Adikku Jihad (nombor 2) telah berjaya mendapat penempatan di daerah Segamat. Semoga menjadi pendidik yang cemerlang!
Adikku Lydia (nombor 3) telah pulih dari sebarang masalah kesihatan. Semoga dirinya beroleh kekuatan dan mencapai apa yang diimpikan!
Adikku Zuhdi (nombor 4) telah berjaya mendapat pengkhususan bidang pengajian seperti yang diharapkan (Syariah). Semoga terus maju ke hadapan dan berjaya dalam pelajaran!
Adikku Haris (nombor 5) telah berjaya mengekalkan CGPA seperti yang diusahakan. Semoga terus maju jaya dan bermanfaat di masa hadapan!
Adikku MAsri (nombor 6) sedang berusaha sedaya upaya dalam ujian dan pelajaran (PT3). Semoga berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang!
Adikku Ila (nombor 7) sedang berusaha untuk menjadi lebih matang dan bersungguh dalam pelajaran dan aktiviti harian. Semoga berjaya dengan cemerlang!
Tidak kulupakan…
Babaku sedang berusaha sedaya upaya melawan penyakit yang sedang menimpanya (kanser), berhempas pulas menghadapi ujian-ujian ketika menjalani rawatan kimoterapi, sakit jatuh bangun tidak sendirian.. Semoga tetap bertahan dan kuat dalam meneruskan kehidupan, tidak putus asa dengan Rahmat Ujian Tuhan!
Mamaku sedang berusaha sedaya upaya menguruskan makan pakai baba dan anak-anak. Semoga tetap bertahan dan kuat dalam menghadapi ujian yang datang, tidak putus berdoa kepada ALLAH yang menyembuhkan, yang memberikan kekuatan!
Suamiku tersayang Mohd Syafiqul Hamzah… sedang berusaha sedaya upaya untuk memberikan aku dan anak-anak keselesaan, kemewahan, kebahagiaan. Semoga tetap bertahan, percaya, yakin dengan rezeki dari Tuhan, tetap berusaha tanpa kecewa, tetap berdoa kepada yang Esa untuk membukakan pintu-pintu kebaikan. Semoga mendapat keberkatan dalam setiap yang dilakukan!
Anakku Muhammad Ammar Hamzah yang tercomel, sedang menjalani proses pembelajaran.  Jatuh bangun semula, sakit ibu baba, keluarga jaga, belajar berdikari bila ibu tinggal Muhammad sendiri, rajin tolong ibu buat kerja (jangan masa kecik aje), semoga tetap cerdas, cerdik, ceria, rajin, memahami dan membesar seperti yang diharapkan!
Sayang semua kerana ALLAH!

No comments:

Post a Comment