Monday, August 15, 2016

Julai 2016


Perpisahan itu…
Dua minggu Muhammad Ammar berpisah dengan Tok Ba, tapi Alhamdulillah.. dalam tempoh dua minggu tu juga dia semakin akrab dengan Babanya. Makan, minum, mandi, main sepenuhnya dijaga dan dikawal oleh Babanya. Aku pula ketika itu sering mabuk-mabuk (morning sickness mungkin). 
Proses bertatih dan berjalan
Beberapa hari sebelum kami pulang untuk beraya di Johor, Muhammad Ammar menunjukkan proses perkembangannya yang baik. Alhamdulillah, dia mula bertatih dan dalam masa satu hari sahaja dia boleh berjalan dengan baik. Wah! Cerdas & cergasnya anakku! Alhamdulillah! Detik-detik kegembiraan itu tidak lupa untuk ku kongsikan bersama ahli keluarga. Sudah tentu yang paling gembira adalah Tok Ba. 
Rezeki Kerja
Alhamdulillah, rezeki Allah buatku. 17Julai aku melaporkan diri di MRSM Kota Putra sebagai Kaunselor (ganti untuk 3 bulan je). Gembira bercampur sedih, kenapa? Gembira kerana telah lama aku menantikan panggilan kerja. Kali terakhir bekerja adalah pada tahun 2014 (juga sebagai Guru Ganti). 
Anak manja ibu..
Seminggu pertama, Muhammad Ammar di hantar ke Nurseri MRSM. Setahun lebih bersama ibu, masakan tidak dia meragam. Kesian melihat tangisan dan gaya dia meronta-ronta tidak mahu berpisah denganku. Aku kuatkan hati dan kaki untuk teruskan juga langkah sekalipun terasa lemah. Hari pertama kerja, juga hari pertama Muhammad Ammar di nurseri, tiga kali aku berulang alik untuk melihat dia. Itupun setelah kakak A yang menyuruh ku datang. Pesan Mama, selagi anak tak cedera, luka. Biarkan dia belajar berdikari sesuaikan diri dia disana. Aku hanya menunggu panggilan, jika perlu aku terus bergegas ke sana. Alhamdulillah, hari kedua dan ketiga nampaknya Muhammad Ammar dah mula mempercayai kakak-kakak pengasuh. Aku rasa lega dan boleh fokus tugasku di pejabat. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Hari Khamis, aku mendapat SMS daripada Kakak A yang memberitahu Muhammad Ammar langsung tidak mahu duduk. Dia mengharapkan pengasuh melayan dia, tanpa meninggalkannya. Aku tidak membalas SMS tersebut, berharap tiada apa yang serius. Kebetulan pada hari tersebut, diadakan Jamuan Hari Raya. Aku tidak terlalu fokus kepada telefon. Sekitar jam 12.30 tengahari, kakak A SMS lagi mengatakan “Tak kesian kat anak ke?”. Aku terus tersentap dengan pesanan tersebut(siapa tak sayang anak kak). Tanpa berlengah, aku terus ke nurseri untuk mengambil anakku. Dalam diam, hatiku berbisik “ Kejam sangatkah aku sebagai seorang ibu, sedangkan aku hanya keluar bekerja..” 

--Bersambung--

No comments:

Post a Comment