Monday, August 15, 2016

Ogos 2016



Terima kasih suamiku tercinta…
Masa berlalu begitu pantas, pejam celik masuk bulan kedua ibu bekerja. Muhammad semakin kelihatan selesa dengan pengasuhnya. Beberapa hari yang lalu Baba Muhammad pulang ke kampung untuk bertemunya. Alhamdulillah syukur Muhammad masih mengenali walaupun hampir sebulan tidak berjumpa. Di kesempatan itu, Babanya menawarkan diri untuk menjaga Muhammad sepanjang dia di rumah. Ibu gembira melihat Baba bahagia bersama Muhammad. Dia menjaga dan menguruskan makan pakai anak seolah-olah dia seorang pengasuh. Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang memahami dan sanggup berjaga demi anaknya. Dalam minggu yang sama juga aku dibawa olehnya untu bertemu Doktor bagi memastikan usia kandunganku. Alhamdulillah tanpa disangka rupa-rupanya usia kandunganku sudah masuk minggu ke-18(4 bulan++). Syukur tak terhingga, suamiku juga merupakan orang yang paling gembira menerima khabar itu. Mungkin rezeki ALLAH untuk kami melalui anak. Siapa tahu kan? Alhamdulillah. Walaupun sedih untuk berpisah lagi, aku relakan juga. Semoga kita bertemu lagi.. Phir Milenge Chalte Chalte..we will meet again.. jiwang lah sangat..huhu..banyak pesanan dia untukku, terutama supaya menjaga kesihatan diri dan kandungan. Sayang juga dia kat aku..

Minggu ke minggu, hari ke hari…
Tinggal beberapa minggu lagi aku disini MRSM sebagai seorang Kaunselor (ganti). Perasaan seronok untuk bekerja, perasaan sayang untuk meninggalkan kerja pun ada. Lepas ni, hanya ALLAH yang menentukan apa kerja aku seterusnya. Atau mungkin kembali bekerja sebagai suri  rumah sepenuh masa sambil tolong Baba berniaga. Alhamdulillah apapun juga kerja yang bakal aku tempuhi. Sedikit sebanyak kerja ini dapat meningkatkan kefahaman aku sebagai seorang Kaunselor, juga menambah pengalaman disamping menyesuaikan diri dalam suasana kerja di MRSM Kota Putra. Ku doakan suatu hari nanti aku juga berpeluang untuk mempunyai Kerjaya seperti yang diimpikan iaitu seorang Kaunselor atau Pensyarah yang Berjaya. 

--Bersambung--

No comments:

Post a Comment