Labels

Sunday, June 17, 2012

Counseling is Beautiful

salam bumi... ada apa dengan gambar di atas ni ek?
Kata kawan-kawan.. It's all about human...
Bagi saya, bukan pasal color ke? sebab.... saya suka warna-warni... hihihi ;)
Ada juga yang kata sharing, positively... care, tenderly... love,absolutely... trust,sincerely... ending.. live happily... :) pandangan mata memang berbeza.. kita semua kan unik..
Apa-apa pun, saya percaya kepada "warna-warni" kehidupan... kita diciptakan oleh Pencipta yang sama.. berpijak di bumi yang sama, malah akan kembali ke tempat asal yang sama... yang membezakan kita hanyalah "bekal" yang dikumpul di dunia dan yang akan di bawa "ke sana" nanti... yang membezakan kita apa yang kita lakukan sepanjang "pementasan" kita di dunia "lakonan" ini... tengoklah akhirnya siapa yang menang "awards" dan untuk anugerah apa. huhu
Ada apa pada kaunseling? Dalam kaunseling ada kasih sayang ♥... haa... yang ni saya suka♥
sharing is caring, caring is loving... without love ♥, life is nothing... also, without God (ALLAH), we are nothing!! Believe me... dalam kaunseling antara sifat-sifat yang perlu ada pada diri seorang kaunselor.. kaunseling: cut apple A: 
Caring, Understanding, Trusting, Acceptance, Positive Thinking, Patience, Listening, Empathy, Assertive... 
Sebenarnya, bagi saya kesemua sifat tersebut perlu ada di dalam diri kita walaupun bukan sebagai seorang kaunselor..  

Jadilah seorang pendengar yang baik,
nescaya kata2mu didengari

Jadilah seorang yang mengasihi,
nescaya kamu dikasihi

Jadilah seorang yang pemurah,
nescaya dirimu diberkati

Jadilah seorang yang memahami,
nescaya kamu dihormati

Jadilah seorang yang jujur dan berkata benar
nescaya kamu disegani

Jadilah seorang yang tekun dan ikhlas dalam urusanmu
nescaya kehidupanmu dirahmati

Jadilah seorang yang selalu bersyukur
nescaya ditambahi segala nikmat buatmu

Konsep Ikhlas:
Maka.. Ikhlaslah dalam segala amalan harian kita, juga segala kerja yang kita lakukan... termasuklah dalam mendidik dan membantu orang sekeliling... 

‎"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan" (Al-Hujuraat 49:18)

Konsep Sabar & Syukur:

“Aku menangis kerana tidak berkasut sehinggalah aku bertemu insan yang tidak berkaki...”
Bersikap positif dan optimislah dalam hidup.. Jika hari ini anda menghadapi hal yg tdk baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.... 
Redhalah menghadapi kenyataan yg tdk boleh dielakkan, kerana anda akan terus menghadapi masalah yg tdk mampu anda ubah. Yang boleh anda lakukan ialah menghadapinya dengan SABAR dan IMAN.....
Tidak ada yang mampu kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tidak mampu kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum kita mengenal Tuhan dan mampu menerima diri ini apa adanya.. 

Akhir kata, jadikan kata-kata ini sebagai pedoman & motivasi hidup.. Semua ilmu ALLAH itu indah... Kaunseling itu indah... jika diterapkan dengan unsur spiritual... ALHAMDULILLAH.. insyaALLAH.. ;)


No comments:

Post a Comment