Labels

Monday, August 15, 2016

Ogos 2016



Terima kasih suamiku tercinta…
Masa berlalu begitu pantas, pejam celik masuk bulan kedua ibu bekerja. Muhammad semakin kelihatan selesa dengan pengasuhnya. Beberapa hari yang lalu Baba Muhammad pulang ke kampung untuk bertemunya. Alhamdulillah syukur Muhammad masih mengenali walaupun hampir sebulan tidak berjumpa. Di kesempatan itu, Babanya menawarkan diri untuk menjaga Muhammad sepanjang dia di rumah. Ibu gembira melihat Baba bahagia bersama Muhammad. Dia menjaga dan menguruskan makan pakai anak seolah-olah dia seorang pengasuh. Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang memahami dan sanggup berjaga demi anaknya. Dalam minggu yang sama juga aku dibawa olehnya untu bertemu Doktor bagi memastikan usia kandunganku. Alhamdulillah tanpa disangka rupa-rupanya usia kandunganku sudah masuk minggu ke-18(4 bulan++). Syukur tak terhingga, suamiku juga merupakan orang yang paling gembira menerima khabar itu. Mungkin rezeki ALLAH untuk kami melalui anak. Siapa tahu kan? Alhamdulillah. Walaupun sedih untuk berpisah lagi, aku relakan juga. Semoga kita bertemu lagi.. Phir Milenge Chalte Chalte..we will meet again.. jiwang lah sangat..huhu..banyak pesanan dia untukku, terutama supaya menjaga kesihatan diri dan kandungan. Sayang juga dia kat aku..

Minggu ke minggu, hari ke hari…
Tinggal beberapa minggu lagi aku disini MRSM sebagai seorang Kaunselor (ganti). Perasaan seronok untuk bekerja, perasaan sayang untuk meninggalkan kerja pun ada. Lepas ni, hanya ALLAH yang menentukan apa kerja aku seterusnya. Atau mungkin kembali bekerja sebagai suri  rumah sepenuh masa sambil tolong Baba berniaga. Alhamdulillah apapun juga kerja yang bakal aku tempuhi. Sedikit sebanyak kerja ini dapat meningkatkan kefahaman aku sebagai seorang Kaunselor, juga menambah pengalaman disamping menyesuaikan diri dalam suasana kerja di MRSM Kota Putra. Ku doakan suatu hari nanti aku juga berpeluang untuk mempunyai Kerjaya seperti yang diimpikan iaitu seorang Kaunselor atau Pensyarah yang Berjaya. 

--Bersambung--

sambungan..Julai 2016

--Sambungan--

Anak yang baik..
Alhamdulillah, aku membawa Muhammad Ammar keluar dari Nurseri dan berehat di surau. Di sana, dia bermain dengan dua lagi rakan setugasku. Seronok pula dia bermain, tanpa tangisan, rengekan. Alhamdulillah, mungkin ‘kena dengan jiwa’. Kadang terfikir, kenapa Kakak A cakap macam tu? Mungkin dia tidak berniat untuk berkata demikian. Teruskan sangkakan yang baik dalam diri. Mungkin mereka penat melayan kerenah ramai budak.

Pengasuh Baru
Minggu kedua kerja, Muhammad Ammar dihantar ke rumah pengasuh baru. Alhamdulillah, sehari dia disana sudah menunjukkan perkembangan positif terutama dari sudut emosi. Alhamdulillah syukur kerana ibu tak perlu lagi risau tentang keadaan Muhammad Ammar. Dia dapat berkawan baik dengan anak-anak pengasuh, juga mudah rasi dengan Mak Cik Aya yang menjaganya sepanjang ibu bekerja. Semoga terus matang dan ‘berjurus’ anak ibu Muhammad Ammar Hamzah!! Setuju dengan apa yang dikaji dan dibincangkan oleh ahli psikologi mengenai tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia boleh terhasil dari proses biologikal, pengaruh alam sekitar, juga melalui pengalaman awal (terutama 5 tahun pertama sejak dari dilahirkan). Pengalaman pertama Muhammad Ammar ditinggalkan bersama ramai kanak-kanak lain buat dirinya tidak begitu selesa, mungkin juga sedikit terkejut. Mana tidak terkejut, dibesarkan dirumah yang hanya ada Tok Ba, Tok Ma, Ibu dan Pak Cik, Mak Cik. Tanpa ada kanak-kanak atau bayi lain. Alhamdulillah Muhammad Ammar dapat belajar dengan cepat, tanpa banyak ragam, tanpa komplen dari pengasuh, emosi pun ibu perhatikan lebih stabil & ceria. Syabas beeta!

Proses pembelajaran
Muhammad Ammar dah masuk 14 bulan (1 tahun 2 bulan) Julai ni. Ibu doakan Muhammad membesar dengan baik, cergas dan cerdas. Jadi anak yang rajin, soleh dan sangat memahami ibu dan baba. Ditakdirkan ALLAH ibu dapat kerja bila usia Muhammad sudah besar, memang manja dah Muhammad dengan ibu, payah nak berpisah. Demi masa depan kita, ibu kena kuat kena bertahan. Muhammad pun kena kuat juga, macam baba sibuk mencari rezeki untuk kita. Besar nanti giliran Muhammad pula menjaga keluarga. Sayang anak ibu!

 

Julai 2016


Perpisahan itu…
Dua minggu Muhammad Ammar berpisah dengan Tok Ba, tapi Alhamdulillah.. dalam tempoh dua minggu tu juga dia semakin akrab dengan Babanya. Makan, minum, mandi, main sepenuhnya dijaga dan dikawal oleh Babanya. Aku pula ketika itu sering mabuk-mabuk (morning sickness mungkin). 
Proses bertatih dan berjalan
Beberapa hari sebelum kami pulang untuk beraya di Johor, Muhammad Ammar menunjukkan proses perkembangannya yang baik. Alhamdulillah, dia mula bertatih dan dalam masa satu hari sahaja dia boleh berjalan dengan baik. Wah! Cerdas & cergasnya anakku! Alhamdulillah! Detik-detik kegembiraan itu tidak lupa untuk ku kongsikan bersama ahli keluarga. Sudah tentu yang paling gembira adalah Tok Ba. 
Rezeki Kerja
Alhamdulillah, rezeki Allah buatku. 17Julai aku melaporkan diri di MRSM Kota Putra sebagai Kaunselor (ganti untuk 3 bulan je). Gembira bercampur sedih, kenapa? Gembira kerana telah lama aku menantikan panggilan kerja. Kali terakhir bekerja adalah pada tahun 2014 (juga sebagai Guru Ganti). 
Anak manja ibu..
Seminggu pertama, Muhammad Ammar di hantar ke Nurseri MRSM. Setahun lebih bersama ibu, masakan tidak dia meragam. Kesian melihat tangisan dan gaya dia meronta-ronta tidak mahu berpisah denganku. Aku kuatkan hati dan kaki untuk teruskan juga langkah sekalipun terasa lemah. Hari pertama kerja, juga hari pertama Muhammad Ammar di nurseri, tiga kali aku berulang alik untuk melihat dia. Itupun setelah kakak A yang menyuruh ku datang. Pesan Mama, selagi anak tak cedera, luka. Biarkan dia belajar berdikari sesuaikan diri dia disana. Aku hanya menunggu panggilan, jika perlu aku terus bergegas ke sana. Alhamdulillah, hari kedua dan ketiga nampaknya Muhammad Ammar dah mula mempercayai kakak-kakak pengasuh. Aku rasa lega dan boleh fokus tugasku di pejabat. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Hari Khamis, aku mendapat SMS daripada Kakak A yang memberitahu Muhammad Ammar langsung tidak mahu duduk. Dia mengharapkan pengasuh melayan dia, tanpa meninggalkannya. Aku tidak membalas SMS tersebut, berharap tiada apa yang serius. Kebetulan pada hari tersebut, diadakan Jamuan Hari Raya. Aku tidak terlalu fokus kepada telefon. Sekitar jam 12.30 tengahari, kakak A SMS lagi mengatakan “Tak kesian kat anak ke?”. Aku terus tersentap dengan pesanan tersebut(siapa tak sayang anak kak). Tanpa berlengah, aku terus ke nurseri untuk mengambil anakku. Dalam diam, hatiku berbisik “ Kejam sangatkah aku sebagai seorang ibu, sedangkan aku hanya keluar bekerja..” 

--Bersambung--

Monday, January 20, 2014

Tip Memulakan Bisnes

1.Start with a dream
Mulakan dengan sebuah mimpi. Semua bermula daripada sebuah mimpi dan yakinlah produk yang akan kita tawarkan. A dream is where it all starts. Orang yang bermimpi untuk selalu mencipta dan membuat sebuah kejutan dalam produk, cara layanan, perkhidmatan, ataupun idea yang dapat dijual dengan jayanya. Mereka tidak mengenal batas dan keterikatan, tidak mengenal kata “tidak boleh” ataupun “tidak mungkin”.

2. Love the products or services
Cintailah produk anda. Kecintaan pada produk kita akan memberikan sebuah keyakinan kepada pelanggan kita dan membuat kerja keras kita terasa ringan. Membuatkan kita mampu melalui masa-masa sukar. Enthusiastism and Persistence:kerja kuat dan ketabahan adalah petanda cinta dan menjadi tulang belakang bagi kejayaan sesebuah bisnes baru.

3. Learn the basics of business.
Pelajarilah fundamental (asas) bisnes. Tidak akan ada kejayaan tanpa sebuah pengetahuan dasar untuk bisnes yang baik. Belajar sambil bekerja dengan turut bekerja dahulu selama satu hingga dua tahun agar dapat mempelajari dasar-dasar bisnes akan membantu kita untuk maju dengan lebih baik. Carilah guru yang baik.

4.willing to take calculated risks.
Ambillah risiko. The gain that you will be able to achieve is directly proportional to the risk taken: Berani mengambil risiko yang diperhitungkan merupakan kunci awal dalam dunia bisnes kerana hasil yang akan dicapai bermula daripada risiko yang diambil. Sebuah risiko yang dikaji dengan mendalam akan lebih banyak memberikan kemungkinan kejayaan. Inilah faktor penentu yang membezakan ‘usahawan’ dengan ‘pengurus’. Usahawan akan lebih diperlukan pada tahap awal memulakan bisnes dan pengurus diperlukan untuk mengatur bisnes yang telah maju.

5. Seek advice, but follow your belief.
Carilah nasihat daripada pakarnya, tetapi ikuti kata-kata hati. Consult consultants, ask the experts, but follow your hearts. Usahawan selalu mencari nasihat daripada pelbagai pihak tetapi keputusan akhir selalu ada di tangannya dan dapat diputuskan dengan indera keenamnya. Komunikasi yang baik dan kebijaksanaan menjual. Pada fasa awal sesebuah bisnes, kebijaksanaan menjual merupakan kunci kejayaannya. Kemampuan untuk memahami dan menguasai hubungan dengan pelanggan akan membantu mengembangkan usaha pada fasa itu.

6. Work hard, 7 days, 18 hours a day.
Kerja keras. Kerja keras sering dianggap sebagai mimpi kuno dan seharusnya diganti, tetapi ‘hard-work’ dan ‘work smart’ tidak dapat dipisahkan lagi pada zaman sekarang. Hampir semua ‘successful start-up’ perlukan ‘workaholics’. Usahawan sejati tidak pernah lepas daripada kerjanya hinggakan pada saat tidur otaknya bekerja dan berfikir tentang bisnesnya.

7. Make friends as much as possible.
Berkawanlah sebanyak-banyaknya. Tidak kira pada masa harga barang murah atau mahal, orang akan tetap membeli barang daripada kawannya. Kawan akan membantu mengembangkan bisnes kita, memberi nasihat dan meringankan beban pada masa yang sukar.

8. Deal with failures.
Hadapi kegagalan. Kegagalan merupakan suatu vitamin untuk menguatkan dan mempertajamkan usaha dan kemampuan kita berniaga, selagi kegagalan itu tidak ‘mematikan’ semangat kita. Setiap bisnes akan mempunyai risiko kegagalan dan apabila itu terjadi, bersedialah untuk berdepan dengannya.

9. Just do it, now!
Lakukanlah sekarang juga. Apabila anda telah bersedia, lakukanlah sekarang juga. Pengurus selalu melakukan READY-AIM-SHOOT, tetapi usahawan sejati akan melakukan READY-SHOOT-AIM. Buat keputusan dan lakukan sekarang kerana esok bukanlah milik kita.


Sumber: 
Muhammad Abu Syauqi Banna(2012). Wanita Juga Boleh Berbisnes: Berguru Kepada Khadijah. Selangor: Kemilau Publika Sdn.Bhd.

Teori Perkembangan Remaja: Masalah-masalah psikologikal sewaktu remaja.

Remaja sering dilihat berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam proses mereka menempuh alam dewasa. Pada ketika ini setiap aspek dalam kehidupan mereka berada pada tahap maksimum. Nafsu yang memuncak, fizikal yang begitu bertenaga serta emosi yang bercelaru membuatkan setiap langkah yang diambil perlu difikirkan dengan mendalam. Kesilapan yang dilakukan sewaktu usia remaja akan menghantui masa depan seseorang individu. Justeru itu remaja memerlukan sokongan, dorongan serta bantuan dari semua pihak untuk menjalani kehidupan yang positif, optimis lagi dinamik. Konflik-konflik yang dihadapi oleh remaja merupakan sebahagian dari pengalaman yang akan membentuk identiti sebenar remaja tersebut. Sekiranya seseorang remaja berjaya menangani permasalahan yang dihadapi degan baik dan teratur, kemungkinan besar remaja tersebut menjadi individu yang berjaya adalah tinggi. Konflik-konflik yang dialami oleh remaja dapat dilihat seperti huraian berikut:

Konflik remaja-ibubapa

Konflik antara remaja dan ibu bapa mereka sering berlaku apabila luahan perasaan dari remaja terhadap ibu bapa mereka berlaku dalam suasana yang bercanggah dari segi nilai, sikap dan tingkah laku. Suasana ini wujud disebabkan jurang antara generasi yang wujud antara kedua-dua pihak. 

Konflik kasih sayang

Kasih sayang boleh membawa kepada kesan positif jika diperteguhkan dan disokong. Namun begitu, kasih sayang yang berlebihan boleh memberi kesan sampingan yang negatif. Di tahap remaja, konflik kasih sayang wujud apabila mereka merasakan bahawa diri mereka terasing, sendirian dan tidak dikasihi. Remaja akan mula mencari alternatif lain sekiranya mereka tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapa dan keluarga. 

Konflik kebebasan

Remaja sering merasakan bahawa diri mereka terkongkong dan pergerakan mereka terbatas. Ini kerana maklumat-maklumat yang mereka perolehi banyak mendedahkan mereka kepada sesuatu yang baru dan menyeronokkan, tetapi mereka tidak dapat melakukan perkara-perkara tersebut disebabkan oleh kawalan dari ibu bapa. Ciri-ciri asas kebebasan yang dijadikan rujukan para remaja ialah bebas membuat keputusan dan bertingkah laku, serta bebas dalam sikap, nilai dan ikatan emosi dengan keluarga.

Konflik tanggungjawab

Konflik tanggungjawab wujud apabila ibu atau bapa yang biasanya menguruskan hal ehwal rumahtangga cuba mengawal tingkah laku anak mereka dalam tugasan harian. Bagi remaja, dominasi keluarga menimbulkan kecelaruan. Perasaan ini timbul kerana pada tahap ini remaja lebih inginkan kepada kebebasan sedangkan keluarga memerlukan mereka lebih bertanggungjawab dalam urusan harian. 

Konflik rakan-sebaya

Rakan sebaya merupakan orang yang sering mempengaruhi kehidupan para remaja. Seringkali terjadi pertentangan di antara nilai yang dibawa oleh rakan sebaya dengan ibu bapa. Apabila wujud pertentangan, hubungan ibu bapa-remaja akan semakin renggang. Kebiasaannya remaja lebih akur kepada kelompok rakan sebaya berbanding ibu bapa. Ini berlaku kerana mereka inginkan pengiktirafan bagi tingkah laku yang dilakukan.

Konflik emosi dan tingkah laku

Pada tahap ini, emosi individu dikatakan lebih sensitif berbanding sebelumnya. Emosi mereka juga sering terganggu akibat perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh badan dan limpahan hormon yang agak ketara. Justeru itu, ibu bapa sering beranggapan tempoh ini sebagai tempoh merbahaya. Remaja pula berpendapat golongan tua sebagai ketat dan mereka sebagai tenang. Perbezaan pendapat ini seterusnya menghasilkan konflik emosi serta tingkah laku bagi remaja.

Sumber: Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2002).

Wednesday, January 15, 2014

Walit Assunnah: Minuman 7 dalam 1...Jom cuba!!





Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, syukur masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Disini saya ingin berkongsi maklumat kepada anda diluar sana mengenai Produk: Minuman Walit Assunnah...

Kelebihannya...Setiap sesuatu ada baiknya kan, itu pun bergantung kepada kita untuk menilai...kelebihan produk Walit Assunnah ini adalah kerana ianya mengandungi 7 sumber makanan sunnah dan yang paling utama bahan cairannya 100% air zam-zam (tidak dicampur air biasa) bersama 6 campuran bahan yang lain (sarang burung,kurma,kismis,delima,habbatussauda,saffran)..setiap satu dari 7 sumber tersebut mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri:
Berdasarkan pengalaman:
Untuk membuktikan keberkesanan produk Walit Assunnah ini, saya dan keluarga telah mencuba dan merasai sendiri keberkesanannya. Ianya merupakan salah satu ikhtiar kita dalam merawat penyakit sekalipun ianya bukanlah penyakit yang kronik. Dengan izin ALLAH juga ia berkesan..Kun Fayakun... Semuanya bergantung kepada niat dan cara kendalian kita.. Menyelami perkongsian ibu saya sendiri yang mana sebelum ini menghidap penyakit asma, ALHAMDULILLAH setelah mencuba produk ini, beliau tidak perlu bergantung kepada "alat penyedut" lagi...apa yang menarik, ianya juga boleh merawat dan mengurangkan masalah/penyakit seperti ketagihan rokok, kolestrol tinggi, saraf, dan sebagainya (seperti Rajah Testimoni dibawah)

Tak kenal maka tak suka, belum cuba bagaimana pula nak timbul rasa suka?? 
Tak perlu takut untuk mencuba. Saya sudah mencubanya, anda bagaimana??Cubalah sekarang, jangan tunggu lagi, Syifa' =Penawar itu ada pada Produk: Minuman Walit Assunnah ini. InsyaALLAH anda pasti akan rasai perbezaannya.. 

P/S: Anda juga boleh pm saya di FB yang tertera... InsyaALLAH ada jalanNYA... :-)

Friday, May 24, 2013

Prinsip Akhlak Ahli Sunnah

1)Mereka sebaik2 umat Islam 


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. 

(A-li'Imraan 3:110) 


2)Menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 

(A-li'Imraan 3:104) 


3)Mereka menyokong perkara benar sahaja 


4)Selalu memelihara kesatuan umat 

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". 

(Al-Baqarah 2:201) 

Ketika Berselisihan 

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. 

(An-Nisaa' 4:59) 


5) Menjadikan prinsip ad-din (agama) sebagai dasar menentukan kawan dan lawan. 



Sumber: Majalah DIAN Bil.5