Labels

Monday, August 15, 2016

sambungan..Julai 2016

--Sambungan--

Anak yang baik..
Alhamdulillah, aku membawa Muhammad Ammar keluar dari Nurseri dan berehat di surau. Di sana, dia bermain dengan dua lagi rakan setugasku. Seronok pula dia bermain, tanpa tangisan, rengekan. Alhamdulillah, mungkin ‘kena dengan jiwa’. Kadang terfikir, kenapa Kakak A cakap macam tu? Mungkin dia tidak berniat untuk berkata demikian. Teruskan sangkakan yang baik dalam diri. Mungkin mereka penat melayan kerenah ramai budak.

Pengasuh Baru
Minggu kedua kerja, Muhammad Ammar dihantar ke rumah pengasuh baru. Alhamdulillah, sehari dia disana sudah menunjukkan perkembangan positif terutama dari sudut emosi. Alhamdulillah syukur kerana ibu tak perlu lagi risau tentang keadaan Muhammad Ammar. Dia dapat berkawan baik dengan anak-anak pengasuh, juga mudah rasi dengan Mak Cik Aya yang menjaganya sepanjang ibu bekerja. Semoga terus matang dan ‘berjurus’ anak ibu Muhammad Ammar Hamzah!! Setuju dengan apa yang dikaji dan dibincangkan oleh ahli psikologi mengenai tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia boleh terhasil dari proses biologikal, pengaruh alam sekitar, juga melalui pengalaman awal (terutama 5 tahun pertama sejak dari dilahirkan). Pengalaman pertama Muhammad Ammar ditinggalkan bersama ramai kanak-kanak lain buat dirinya tidak begitu selesa, mungkin juga sedikit terkejut. Mana tidak terkejut, dibesarkan dirumah yang hanya ada Tok Ba, Tok Ma, Ibu dan Pak Cik, Mak Cik. Tanpa ada kanak-kanak atau bayi lain. Alhamdulillah Muhammad Ammar dapat belajar dengan cepat, tanpa banyak ragam, tanpa komplen dari pengasuh, emosi pun ibu perhatikan lebih stabil & ceria. Syabas beeta!

Proses pembelajaran
Muhammad Ammar dah masuk 14 bulan (1 tahun 2 bulan) Julai ni. Ibu doakan Muhammad membesar dengan baik, cergas dan cerdas. Jadi anak yang rajin, soleh dan sangat memahami ibu dan baba. Ditakdirkan ALLAH ibu dapat kerja bila usia Muhammad sudah besar, memang manja dah Muhammad dengan ibu, payah nak berpisah. Demi masa depan kita, ibu kena kuat kena bertahan. Muhammad pun kena kuat juga, macam baba sibuk mencari rezeki untuk kita. Besar nanti giliran Muhammad pula menjaga keluarga. Sayang anak ibu!

 

No comments:

Post a Comment