1.Start
with a dream
Mulakan dengan sebuah mimpi. Semua
bermula daripada sebuah mimpi dan yakinlah produk yang akan kita tawarkan. A dream is where it all starts. Orang
yang bermimpi untuk selalu mencipta dan membuat sebuah kejutan dalam produk,
cara layanan, perkhidmatan, ataupun idea yang dapat dijual dengan jayanya.
Mereka tidak mengenal batas dan keterikatan, tidak mengenal kata “tidak boleh”
ataupun “tidak mungkin”.
2.
Love the products or services
Cintailah produk anda. Kecintaan pada
produk kita akan memberikan sebuah keyakinan kepada pelanggan kita dan membuat
kerja keras kita terasa ringan. Membuatkan kita mampu melalui masa-masa sukar. Enthusiastism and Persistence:kerja kuat
dan ketabahan adalah petanda cinta dan menjadi tulang belakang bagi kejayaan sesebuah
bisnes baru.
3.
Learn the basics of business.
Pelajarilah fundamental (asas) bisnes.
Tidak akan ada kejayaan tanpa sebuah pengetahuan dasar untuk bisnes yang baik.
Belajar sambil bekerja dengan turut bekerja dahulu selama satu hingga dua tahun
agar dapat mempelajari dasar-dasar bisnes akan membantu kita untuk maju dengan
lebih baik. Carilah guru yang baik.
4.willing
to take calculated risks.
Ambillah risiko. The gain that you will be able to achieve is directly proportional to
the risk taken: Berani mengambil risiko yang diperhitungkan merupakan kunci
awal dalam dunia bisnes kerana hasil yang akan dicapai bermula daripada risiko
yang diambil. Sebuah risiko yang dikaji dengan mendalam akan lebih banyak
memberikan kemungkinan kejayaan. Inilah faktor penentu yang membezakan ‘usahawan’
dengan ‘pengurus’. Usahawan akan lebih diperlukan pada tahap awal memulakan
bisnes dan pengurus diperlukan untuk mengatur bisnes yang telah maju.
5. Seek advice, but follow your belief.
Carilah nasihat daripada pakarnya,
tetapi ikuti kata-kata hati. Consult consultants,
ask the experts, but follow your hearts. Usahawan selalu mencari nasihat
daripada pelbagai pihak tetapi keputusan akhir selalu ada di tangannya dan
dapat diputuskan dengan indera keenamnya. Komunikasi yang baik dan
kebijaksanaan menjual. Pada fasa awal sesebuah bisnes, kebijaksanaan menjual
merupakan kunci kejayaannya. Kemampuan untuk memahami dan menguasai hubungan
dengan pelanggan akan membantu mengembangkan usaha pada fasa itu.
6.
Work hard, 7 days, 18 hours a day.
Kerja keras. Kerja keras sering
dianggap sebagai mimpi kuno dan seharusnya diganti, tetapi ‘hard-work’ dan ‘work smart’ tidak
dapat dipisahkan lagi pada zaman sekarang. Hampir semua ‘successful start-up’ perlukan ‘workaholics’.
Usahawan sejati tidak pernah lepas daripada kerjanya hinggakan pada saat
tidur otaknya bekerja dan berfikir tentang bisnesnya.
7.
Make friends as much as possible.
Berkawanlah sebanyak-banyaknya. Tidak kira
pada masa harga barang murah atau mahal, orang akan tetap membeli barang
daripada kawannya. Kawan akan membantu mengembangkan bisnes kita, memberi
nasihat dan meringankan beban pada masa yang sukar.
8.
Deal with failures.
Hadapi kegagalan. Kegagalan merupakan
suatu vitamin untuk menguatkan dan mempertajamkan usaha dan kemampuan kita
berniaga, selagi kegagalan itu tidak ‘mematikan’ semangat kita. Setiap bisnes
akan mempunyai risiko kegagalan dan apabila itu terjadi, bersedialah untuk
berdepan dengannya.
9.
Just do it, now!
Lakukanlah sekarang juga. Apabila anda
telah bersedia, lakukanlah sekarang juga. Pengurus selalu melakukan
READY-AIM-SHOOT, tetapi usahawan sejati akan melakukan READY-SHOOT-AIM. Buat keputusan
dan lakukan sekarang kerana esok bukanlah milik kita.
Sumber:
Muhammad Abu Syauqi Banna(2012).
Wanita Juga Boleh Berbisnes: Berguru Kepada Khadijah. Selangor: Kemilau Publika
Sdn.Bhd.
No comments:
Post a Comment