Labels

Sunday, May 13, 2012

Ku Milik-MU&cintaku krn agamamu


Sudah pasti..
Peluang yang tiba akan ku rebut..
Penantian yang ditunggu akan diakhiri
Usaha dan terus berusaha
Tanpa mengenal jemu dan putus asa..
Sudah pasti...
Jawapan yang sentiasa cuba ku cari
Akan ku dapatkan walau ke mana sahaja
Apa sahaja usaha yang ku lakukan
Akan ku akhiri dengan kejayaan
Tidak kira berapa lama waktu diambil
Tidak kira berapa banyak masa dan tenaga
Akan tetap aku teruskan juga
Sudah pasti...
Kejayaan itu akan menjadi milikku
Peluang itu akan datang kepadaku
Hasilnya akan mampu aku perolehi
Sudah pasti...
Segalanya akan ku genggam dalam tangan ini..


Demi kasih&syg Ilahi,kugagahi kaki ini untuk terus melangkah lagi.... :) Kudrat IMAN...

Friday, May 11, 2012

Pahala Senyum Paling Besar

Mulakan harimu dengan berkata "selamat datang wahai hari yang ceria,aku sedang menantimu dengan penuh bahagia (sambil tersenyum)..." :)
Kisah teladan:
ABU Yazid Al-Busthami ialah seorang sufi. Pada satu hari diadidatangi lelaki yang wajahnya usamdan keningnya berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:"Tuan Guru, sepanjanghidup saya, rasanya tidak pernah saya terlepas beribadat kepada Allah. Oranglain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudahmembaca Al-Quran. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki, tetapimengapa saya selalu malangdan kehidupan saya penuh kesulitan?”Abu Yazid menjawab :"perbaiki penampilanmudan ubah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah s.a.w. adalah makhluk dunia yang miskin,namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, antaratanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuatkan orang curiga padanya.” Lelaki itu tertunduk.
Dia berjanji akan memperbaiki penampilannya. Selepas itu wajahnya sentiasaberseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah,sesudah itu dia tidak pernah lagi untuk berkeluh kesah mengenai nasibnya yang malang kepada Abu Yazid.Seperti kata Rasulullah s.a.w:"sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan.”Bagaimanapun, tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam menganjurkankesederhanaan. Baik dalam berpakaian, menghias, tubuh atau dalam sikaphidup sehari-hari. Jubah Rasulullah s.a.w sering luntur warnanya, tetapi sentiasabersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sederhana danbertampal-tampal tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnyasentiasa tersenyum dan riak mukanya berseri. Tidak hairan Imam Hassan Al-Basriberpendapat, keberkatan satu pekerjaan adalah riak muka yang ramah dan penuhsenyum. Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapipaling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebabtiada persoalan boleh diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan danketegangan. Dalam hati tenang, fikiran dingin dan wajah cerah, insyaAllah,apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Ini yang dinamakan keluarga sakinah,yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Pedoman hidup: SMILE: ;) Tidak akan menjadi miskin org yg memberinya..Namun akan bertambah kaya bg org yg mendapatkannya.. SENYUM tak perlu waktu yg panjang.. Namun kekal dalam ingatan sampai akhir hayat.. ;)

Monday, May 7, 2012

La Tahzan --> Kebahagiaan IMAN

Tiada Jalan yang paling baik selain jalan untuk mendekati ALLAH

Terkadang jiwa tergerak kerana satu dorongan tertentu, sedangkan ia mempunyai kunci untuk membuka belenggu yang mengikatnya.

Tahukah anda apa bahagia itu? Adakah ia terletak pada harta yang banyak atau jawatan yang tinggi? Untuk menjawab soalan ini, eloklah kita cuba perhatikan keadaan berikut:
Pasangan suami isteri sedang bertengkar amat sengit, si suami berkata: “Aku akan buat engkau susah!” Si isteri menjawab dengan tenang: “Kamu tidak akan mampu.” Suami berkata: “Mengapa tidak?” Si isteri menjawab lagi: “Jika kebahagiaan terletak kepada harta, maka kamu boleh menahannya dariku. Jika kebahagiaan terletak pada perhiasan, maka kamu boleh menghalangnya supaya tidak sampai kepadaku. Kebahagiaan itu bukan pada apa yang kamu miliki, atau yang dimiliki manusia lainnya. Tetapi kebahagiaan itu aku temukan pada KEIMANANku di dalam hati. Dan hatiku tidak ada yang boleh menguasai kecuali Tuhanku.”
Benar! Itulah kebahagiaan yang sebenar, iaitu kebahagiaan IMAN. Tidak ada yang merasakannya kecuali orang yang hatinya, jiwanya, fikirannya mengalirkan cinta kepada ALLAH. Yang mempunyai kebahagiaan sejati adalah DIA yang Maha Esa, maka mohonlah kebahagiaan dari-NYA dengan ketaatan.

Tidak ada cara untuk memperolehi kebahagiaan melainkan dengan mengikuti ajaran agama yang benar, iaitu agama yang dibawa Rasulullah s.a.w. sesiapa mengetahui jalan ini, maka tidak akan menjadi masalah baginya sama ada tidur di dalam pondok, berbantalkan jerami, atau hanya makan sepotong roti, tetapi ia menikmati dan bahagia di dunia.
Orang-orang yang melencong dari jalan ini, maka hari-harinya akan dihiasi dengan kesedihan, hartanya akan menjadi beban, amal perbuatannya akan merugikannya, dan hujungnya ia tercampak dalam keadaan terhina.

Pedoman hidup: Memang tidak dinafikan harta perlu untuk menjalani hidup, tetapi kita hidup di dunia bukanlah semata-mata untuk mencari harta. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon afiat dan kesihatan.”
---> Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH.. ;)

Ketahuilah Oleh mu…

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. 
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha…
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... 
Allah SWT sudah menghitung airmatamu…
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu merasa berlalu begitu saja... 
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu…
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... 
Allah SWT selalu berada disampingmu… 



Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... 
Allah SWT punya jawapannya… 
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... 
Allah SWT dapat menenangkanmu… 
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... 
Allah SWT sedang berbisik kepadamu… 
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... 
Allah SWT telah memberkatimu… 
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... 
Allah SWT telah tersenyum padamu…
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... 
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu… 
Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... 
Allah SWT TAHU ....... 


Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat… 

~LahawlawalaQuwwataIllabillah~ ;)

Wednesday, February 15, 2012

20022000


♥Duit atau harta boleh dicari...Nyawa tdk boleh dibeli atau ditukar ganti...begitu juga dengan kasih sayang...♥

Merenung sejenak tatkala 20 Februari tiba lagi. ALHAMDULILLAH..Kasih syg yg terjalin antara aku dan keluarga masih erat sehingga kini wlpn pelbagai ujian kami tempuhi disepanjang menjalani hidup ini."Yang pahit akan manis jua akhirnya.."


20022000. Bukan nombor akaun bank atau nombor polisi insurans. Bukan juga kod rahsia atau pengenalan peribadi. Tapi ia adalah nombor yang tidak mudah dilupakan oleh setiap ahli keluarga kami. Ia adalah titik paling hitam dalam sejarah keluarga kami. Kami mengingatinya dengan cara kami sendiri.

20022000 adalah tarikh. Tanggal 20 Februari tahun 2000. Kami sekeluarga hilang tempat berteduh. Tempat sebahagian kami dilahir dan dibesarkan. Dipenuhi hilai tawa, gurau-senda, memahat suka-duka selama 30 tahun.

Agak besar rumah kami itu. Rumah kampung, kayu lama, beratap asbestos dan bata tanah. Ruang legarnya sahaja 30X30 kaki. Sekira-kira anak berumur 3 tahun tak perlu ke padang kalau sekadar untuk mengah-mengah berlari.

Ada tiga ruang dapur berasingan, tiga bilik air, empat bilik tidur, satu bilik yang dijadikan perpustakaan peribadi. Luas keseluruhan tidak kurang daripada 50X50 kaki.

Tanggal 20 Februari 2000, ketika masjid dan surau berdekatan memperdengarkan bacaan al-Quran menandakan waktu hampir memasuki Asar, ia ranap menyembah bumi. Seinci demi seinci ruangnya dimamah ganas oleh api yang tidak kenal belas kasihan.

Tiada siapa yang mampu bertindak di rumah ketika itu. Yang ada hanya empat nyawa, kesemuanya ‘kurang upaya’. Nenek yang sememangnya uzur dan hanya mengensot di atas rumah. Anak sulung keluarga kami, Fatimah Zaharah atau nama timangannya Farah, 13 tahun, sedang tidur di biliknya. Manakala dua adiknya, Umar Abdulaziz dan Umar Basyir, masing-masing 7 dan 5 tahun bermain di halaman rumah.

Atuk yang tiba-tiba kehausan baru sekejap meninggalkan rumah ke warung yang jaraknya hanya 100 meter dari rumah.
Mamanya ( Puan Saodah ), sedang mengikuti kelas memandu, juga tidak jauh dari rumah. Dua lagi adiknya, Umar Mukhtar dan Halimah Saadiah, bersekolah sesi petang di sekolah kebangsaan tidak jauh dari rumah.

Manakala babanya jauh nun di Kuala Terengganu di hari pertama memulakan kembali kerja setelah bercuti panjang sejak September 1999.

Atuk yang bergegas pulang sebaik diberitahu jiran, tidak berupaya melangkah segagah biasa. Dalam keadaan separuh sedar, kakinya tiba-tiba lembik dan lumpuh. Atuk tidak berdaya menapak lebih jauh. Kata jiran-jiran yang menyaksikan, Atuk rebah tidak kurang dari tiga kali di antara warung itu ke halaman rumah.

Atuk memberitahu kemudian, perkara paling utama dalam mindanya ketika itu ialah Farah, anak sulung keluarga kami. Ketika Atuk keluar dari rumah 10 minit sebelum itu Farah masih nyenyak di bilik tidurnya. “ Cucu aku, cucu aku!”, raung Atuk separuh histeria. Beberapa jiran terpaksa berkongsi tenaga memegang Atuk yang terus meronta dan mahu meluru ke arah rumah yang sedang ‘derita’ dimamah api. Alangkah sedihnya suasana ketika itu.

Kuasa Allah, dalam kesibukan nenek cuba memadam api yang pada ketika itu masih kecil, Farah mudah terjaga. Bau asap yang semakin menebal mengejutkan lenanya. Dalam keadaan mamai, Farah sempat mendail kepada Ayah Longnya memaklumkan kejadian. Dia kemudian bergegas keluar rumah dan memastikan dua adiknya berada di tempat selamat.

Api terlalu cepat merebak, terutama melalui pendawaian elektrik. Hanya beberapa minit selepas gagang telefon diletak, taliannya disambar api.

Tiada apa yang dapat diselamatkan. Hanya nenek yang sempat mencapai beg tangannya. Segala isi rumah, termasuk perabot, peralatan elektrik, perkakasan dapur, pakaian, dokumen penting. Paling sukar dicari ganti ialah beberapa barangan koleksi peribadi baba dan mama yang sebahagiannya sejak di bangku sekolah. Antaranya ialah buku, setem lama, syiling lama pelbagai negara dunia dan beberapa buku berbahasa Inggeris yang dibeli sewaktu berada di luar negara. Ratusan foto kenangan yang tersimpan di dalam tidak kurang tujuh album turut lenyap.

Api terlalu ganas. Tiada saksi yang berani menghampiri rumah. Biar pun untuk menuntun basikal dan motosikal yang berda di bawah sutuh hadapan rumah. Apatah lagi untuk memecah masuk ke rumah menyelamatkan apa yang terlintas. Tiga ekor burung tekukur di dalam sangkar bersebelahan ruang tamu juga mati kepanasan.

Betul, kehilangan harta tidak dapat disamakan dengan kehilangan nyawa. Tetapi kesan emosi tetap ada. Tambahan pula rumah menyimpan seribu-satu macam kenangan pahit-manis. Sebab itu, di kalangan orang-orang tua dulu, mereka mengadakan tahlil sebagai tanda ‘berkabung’ mengiringi kebakaran sesebuah rumah. Bagi mereka, musibah itu menyamai kematian. Malang tidak berbau. Tidak seperti manusia atau makhluk bernyawa, rumah tidak dapat memberi alamat atau petanda awal tentang musibah yang bakal menimpanya.

Kesimpulannya, setiap manusia ada susah dan senangnya, ada sedih dan gembiranya, ada gagal dan berjayanya. Oleh itu, kita harus menerima segala yang telah ditentukan olehNya dengan seadanya. Hidup mesti di teruskan walau apa yang berlaku telah merubah hidup kita. Kita juga tidak mustahil untuk menjadikan sesuatu yang ‘pahit’ itu perkara yang paling ‘manis’ dalam hidup kita atau sebagai ‘pencabar’ bagi kita untuk meneruskan hidup dengan lebih sempurna.

Dgn IMAN kita yakin ujian&cabaran itu dtg drp ALLAH. IMAN menimbulkan rasa baik sangka,rasa pngharapan&keyakinan kpd pembelaan ALLAH.Inilah rasa yg dimiliki Rasulullah S.A.W setiap kali kesusahan melanda. Doa Nabi Ibrahim: "mudah-mudahan aku tdk kecewa dgn berdoa kpd Tuhanku..." (Maryam: 48)..kita perlu yakin bhwa ujian apapun yg menimpa tdk akan melampaui keupayaan kita utk mnghadapinya..(al-baqarah: 286)..



Sumber: <Special thnks to: ♥ Baba Mohd Nasir Awang>

~Sabar&Syukur~ ♥BerSABAR dgn Ujian-NYA, BerSYUKUR dgn nikmat dari-NYA... InsyaALLAH.. =) Hidupku demi mencari redha Ilahi..Amin..































































































































































Tuesday, November 8, 2011

Ku rindukan saat-saat itu…Syurga di HATI kami…


Bismillahirrahmanirrahim...
Setiap dari kita mempunyai cara yang tersendiri untuk mencapai kebahagiaan. Ada yang mengatakan kebahagiaan itu terletak pada harta dan kekayaan, ada pula yang mengatakan bahagia itu muncul bila kita merasa senang, sihat, gembira, disayangi dan dihargai(berbalik kepada emosi kita). Uniknya, ada juga yang berpandangan bahawa kebahagiaan itu diperolehi apabila orang di sekelilingnya merasa bahagia. SubhanaALLAH..betapa agungnya ciptaan ALLAH. Setiap dari kita mempunyai pandangan yang berbeza dan itulah yang menjadikan setiap makhluk ciptaan-NYA unik. Haruslah! kita semua serupa tetapi kita tetap berbeza kan? Dengan perbezaan yang pelbagai antara kita, mampu untuk menjadikan kehidupan kita lebih “unik” jika kita pandai untuk me “unik”kannya. Hihihi..Pening kan? Rileks sudaa baa..ini baru mukaddimah.

Bila bercakap pasal bahagia, ku teringat pula pada kenangan-kenangan yang manis. Setiap orang ada kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Kenangan yang manis bagiku adalah bila bersama keluargaku. Sesuai sangatlah dengan pepatah yang kita biasa dengar: “Rumahku syurgaku”. Ya, semestinya bila ku bersama keluarga, kurasakan sangat-sangat bahagia bagaikan berada disyurga (yang tidak dapat diungkapkan dan digambarkan dengan kata-kata). Kami 9 sekeluarga (ayahanda, bonda, 4 putera & 3 puteri). Kami amalkan konsep ”utamakan keluarga tanggungjawab bersama”. Kenangan-kenangan manis bila dapat berkumpul di dalam “syurga” kami: dapat bersama-sama untuk solat berjemaah, makan, menonton movie, beriadah, bergotong-royong bersih halaman, bersantai-santai di pantai (maklumlah rumah dekat dengan pantai), dan bermacam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Indah! Sememangnya indah bila terkenangkan saat-saat itu. Ditambah pula dengan kerenah putera-puteri “syurga” kami yang sememangnya ada “kenakalan” yang tersendiri.  Puteri-puteri (terutama puteri sulung&puteri bongsu) dengan “kenakalan” mulut yang petah berbicara serta telatah yang mencuitkan hati-hati kami yang mendengar. Bila kedua-duanya berbicara dan berkongsi cerita, kedengaran suara bagaikan 10 orang ahli politik sedang berdebat. Putera-putera pula bila bersua muka tidak sah jika tidak mencari “idea baru” untuk mereka-reka cerita dan berlumba-lumba untuk menjadi “raja lawak” yang handal. Bila lawak-lawak yang direka menjadi, maka riuh rendah la “syurga” kami. Bila diimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak putera-puteri ini, masing-masing ada cerita yang “indah” dan mampu membuatkan kami semua bahagia dan tertawa.

Umpama si puteri sulung, dari masa kecilnya yang suka mereka-reka “vocabulary”nya yang tersendiri. Yang paling diingati oleh ayahanda dan bonda sehingga menceritakannya kepada putera-puterinya yang lain adalah istilah “Saji”. Saji ni sejenis makanan la. Hihihi.. Entah macam mana boleh tercetusnya idea tu di benak kepalanya. Nak dijadikan cerita, disebabkan teringin sangat nak makan “saji” tu, dia mintalah kat bondanya, lebih kurang macam ni la dialognya, Puteri sulung: “mama, nak makan roti dengan saji”, Bonda:”Saji tu apa?”. Maka kekeliruan la si bonda mencari-cari apakah saji yang dimaksudkan si puterinya tu. Siapa sangka, siapa duga.. Rupa-rupanya “saji” yang dimaksudkan tu adalah mentega@marjerin. SubhanaALLAH. Bijak betul budak tu. Anak siapa la tu?. Manisnya kenangan semalam, setiap kali ku terkenangkan zaman kanak-kanak si puteri sulung tu, satu keluarga kami pun boleh tertawa. Sampai sekarang pun dia masih minat untuk “merekacipta”. Tak kurang juga hebatnya kisah si putera pertama yang zahirnya nampak pendiam. Tapi, diamnya diam ubi. Dalam hati ada taman, siapa tahu? “Jiwo tu buat ore sabar” (dalam loghat Kelantan)..maksudnya: dengan berjiwang2 tu boleh buat dia jadi sabar..sabar je la dengan dia ni. Ayat tu mengingatkanku bila terasa rindu kt dia. Si puteri yang kedua atau panggilan manjanya “mek teh”, masa kecilnya pula suka mengumpul “lolipop”. Lolipop yang kumaksudkan bukannya yang manis-manis tu ya..Tapi ia adalah sejenis benda yang dihisap oleh budak-budak yang berumur lingkungan 3-5 tahun (dikenali sebagai “Puting”). Alahai adik manja, suka ek pada benda alah tu? Uniknya ciptaan ALLAH. Takpe, nanti boleh buka syarikat “lolipop mek teh”. Hihihi. Begitulah seterusnya, nak diceritakan semua tak cukup page pula nanti. Putera-puteri kami yang “unik” ni sememangnya suka merekacipta sesuatu yg baru. Ku dapat rasakan, ini adalah bukti kekuasaan dan kurniaan ALLAH. Turun temurun dari ayahandaku yang merupakan seorang penulis yang kreatif dengan idea-ideanya..”mana tak tumpah kuah, kalau tak ke nasi? Tak kan ke spageti kot? Best juga tu makan spageti dengan keluarga..hihihi..kenangan manis yang tak dilupakan apabila kami bersama-sama mengadakan sambutan hari lahir untuk ahli keluarga, ulangtahun perkahwinan bonda-ayahanda dan semua aktiviti yang dilakukan bersama. Kejelekitan (Mesra+rapat) tu amat terasa bila kami dapat berkumpul berkongsi cerita, berkongsi rasa. Bila masing-masing membuka cerita, memeriahkan suasana “syurga” kami yang sememangnya meriah bila dipenuhi penghuninya.. Ku rindukan saat-saat itu. Zaman dah berubah, kita semua pun dah meningkat usia. Masing-masing berjuang berkorban demi CINTA ILAHI. Redha ALLAH terletak pada redha ibubapa. Maka, ku sentiasa doakan ayahanda dan bonda sihat sentiasa, gembira dengan kami putera-puteri kalian yang sememangnya “unik”, hanya kerana mengharapkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Amin. Doakan kami dalam menuntut dan mengamalkan ILMU ALLAH yang luas. Ku rindukan saat-saat itu…Syurga di HATI kami…


Panduan hidup:
“Sharing is caring, caring is loving,without love, life is nothing".... 
also.. without GOD (Allah), we are nothing... Believe me..
Hidup ini indah jika kita mampu “mengindah”kannya...Sabar&Syukur..InsyaALLAH..Wallahua’lam..♥ =)

Salam mesra, kasih dan sayang dariku: Puteri Sulung 

Monday, July 18, 2011

Petua Mencuci Hati




1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.