Bismillahirrahmanirrahim...
Setiap dari kita mempunyai cara yang tersendiri untuk mencapai kebahagiaan. Ada yang mengatakan kebahagiaan itu terletak pada harta dan kekayaan, ada pula yang mengatakan bahagia itu muncul bila kita merasa senang, sihat, gembira, disayangi dan dihargai(berbalik kepada emosi kita). Uniknya, ada juga yang berpandangan bahawa kebahagiaan itu diperolehi apabila orang di sekelilingnya merasa bahagia. SubhanaALLAH..betapa agungnya ciptaan ALLAH. Setiap dari kita mempunyai pandangan yang berbeza dan itulah yang menjadikan setiap makhluk ciptaan-NYA unik. Haruslah! kita semua serupa tetapi kita tetap berbeza kan? Dengan perbezaan yang pelbagai antara kita, mampu untuk menjadikan kehidupan kita lebih “unik” jika kita pandai untuk me “unik”kannya. Hihihi..Pening kan? Rileks sudaa baa..ini baru mukaddimah.
Setiap dari kita mempunyai cara yang tersendiri untuk mencapai kebahagiaan. Ada yang mengatakan kebahagiaan itu terletak pada harta dan kekayaan, ada pula yang mengatakan bahagia itu muncul bila kita merasa senang, sihat, gembira, disayangi dan dihargai(berbalik kepada emosi kita). Uniknya, ada juga yang berpandangan bahawa kebahagiaan itu diperolehi apabila orang di sekelilingnya merasa bahagia. SubhanaALLAH..betapa agungnya ciptaan ALLAH. Setiap dari kita mempunyai pandangan yang berbeza dan itulah yang menjadikan setiap makhluk ciptaan-NYA unik. Haruslah! kita semua serupa tetapi kita tetap berbeza kan? Dengan perbezaan yang pelbagai antara kita, mampu untuk menjadikan kehidupan kita lebih “unik” jika kita pandai untuk me “unik”kannya. Hihihi..Pening kan? Rileks sudaa baa..ini baru mukaddimah.
Bila bercakap pasal bahagia, ku teringat pula pada
kenangan-kenangan yang manis. Setiap orang ada kenangan manis yang tidak dapat
dilupakan. Kenangan yang manis bagiku adalah bila bersama keluargaku. Sesuai
sangatlah dengan pepatah yang kita biasa dengar: “Rumahku syurgaku”. Ya, semestinya
bila ku bersama keluarga, kurasakan sangat-sangat bahagia bagaikan berada
disyurga (yang tidak dapat diungkapkan dan digambarkan dengan kata-kata). Kami
9 sekeluarga (ayahanda, bonda, 4 putera & 3 puteri). Kami amalkan konsep ”utamakan
keluarga tanggungjawab bersama”. Kenangan-kenangan manis bila dapat berkumpul
di dalam “syurga” kami: dapat bersama-sama untuk solat berjemaah, makan,
menonton movie, beriadah, bergotong-royong bersih halaman, bersantai-santai di
pantai (maklumlah rumah dekat dengan pantai), dan bermacam-macam aktiviti yang
boleh dilakukan bersama. Indah! Sememangnya indah bila terkenangkan saat-saat
itu. Ditambah pula dengan kerenah putera-puteri “syurga” kami yang sememangnya
ada “kenakalan” yang tersendiri.
Puteri-puteri (terutama puteri sulung&puteri bongsu) dengan
“kenakalan” mulut yang petah berbicara serta telatah yang mencuitkan hati-hati
kami yang mendengar. Bila kedua-duanya berbicara dan berkongsi cerita, kedengaran
suara bagaikan 10 orang ahli politik sedang berdebat. Putera-putera pula bila
bersua muka tidak sah jika tidak mencari “idea baru” untuk mereka-reka cerita
dan berlumba-lumba untuk menjadi “raja lawak” yang handal. Bila lawak-lawak
yang direka menjadi, maka riuh rendah la “syurga” kami. Bila diimbas kembali
kenangan zaman kanak-kanak putera-puteri ini, masing-masing ada cerita yang
“indah” dan mampu membuatkan kami semua bahagia dan tertawa.
Umpama si puteri sulung, dari masa kecilnya yang suka mereka-reka “vocabulary”nya
yang tersendiri. Yang paling diingati oleh ayahanda dan bonda sehingga
menceritakannya kepada putera-puterinya yang lain adalah istilah “Saji”. Saji
ni sejenis makanan la. Hihihi.. Entah macam mana boleh tercetusnya idea tu di
benak kepalanya. Nak dijadikan cerita, disebabkan teringin sangat nak makan
“saji” tu, dia mintalah kat bondanya, lebih kurang macam ni la dialognya, Puteri
sulung: “mama, nak makan roti dengan saji”, Bonda:”Saji tu apa?”. Maka kekeliruan
la si bonda mencari-cari apakah saji yang dimaksudkan si puterinya tu. Siapa
sangka, siapa duga.. Rupa-rupanya “saji” yang dimaksudkan tu adalah
mentega@marjerin. SubhanaALLAH. Bijak betul budak tu. Anak siapa la tu?.
Manisnya kenangan semalam, setiap kali ku terkenangkan zaman kanak-kanak si
puteri sulung tu, satu keluarga kami pun boleh tertawa. Sampai sekarang pun dia
masih minat untuk “merekacipta”. Tak kurang juga hebatnya kisah si putera
pertama yang zahirnya nampak pendiam. Tapi, diamnya diam ubi. Dalam hati ada
taman, siapa tahu? “Jiwo tu buat ore sabar” (dalam loghat
Kelantan)..maksudnya: dengan berjiwang2 tu boleh buat dia jadi sabar..sabar je
la dengan dia ni. Ayat tu mengingatkanku bila terasa rindu kt dia. Si puteri
yang kedua atau panggilan manjanya “mek teh”, masa kecilnya pula suka mengumpul
“lolipop”. Lolipop yang kumaksudkan bukannya yang manis-manis tu ya..Tapi ia
adalah sejenis benda yang dihisap oleh budak-budak yang berumur lingkungan 3-5
tahun (dikenali sebagai “Puting”). Alahai adik manja, suka ek pada benda alah
tu? Uniknya ciptaan ALLAH. Takpe, nanti boleh buka syarikat “lolipop mek teh”.
Hihihi. Begitulah seterusnya, nak diceritakan semua tak cukup page pula nanti.
Putera-puteri kami yang “unik” ni sememangnya suka merekacipta sesuatu yg baru.
Ku dapat rasakan, ini adalah bukti kekuasaan dan kurniaan ALLAH. Turun temurun
dari ayahandaku yang merupakan seorang penulis yang kreatif dengan idea-ideanya..”mana
tak tumpah kuah, kalau tak ke nasi? Tak kan ke spageti kot? Best juga tu makan
spageti dengan keluarga..hihihi..kenangan manis yang tak dilupakan apabila kami
bersama-sama mengadakan sambutan hari lahir untuk ahli keluarga, ulangtahun
perkahwinan bonda-ayahanda dan semua aktiviti yang dilakukan bersama. Kejelekitan
(Mesra+rapat) tu amat terasa bila kami dapat berkumpul berkongsi cerita,
berkongsi rasa. Bila masing-masing membuka cerita, memeriahkan suasana “syurga”
kami yang sememangnya meriah bila dipenuhi penghuninya.. Ku rindukan saat-saat
itu. Zaman dah berubah, kita semua pun dah meningkat usia. Masing-masing
berjuang berkorban demi CINTA ILAHI. Redha ALLAH terletak pada redha ibubapa. Maka,
ku sentiasa doakan ayahanda dan bonda sihat sentiasa, gembira dengan kami
putera-puteri kalian yang sememangnya “unik”, hanya kerana mengharapkan
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Amin. Doakan kami dalam
menuntut dan mengamalkan ILMU ALLAH yang luas. Ku rindukan saat-saat itu…Syurga
di HATI kami…
Panduan hidup:
“Sharing is caring, caring is loving,without love, life is nothing"....
also.. without GOD (Allah), we are nothing... Believe me..
also.. without GOD (Allah), we are nothing... Believe me..
Hidup ini indah jika kita mampu “mengindah”kannya...Sabar&Syukur..InsyaALLAH..Wallahua’lam.. ♥ =)
Salam mesra, kasih dan sayang dariku: Puteri Sulung
No comments:
Post a Comment