Labels

Sunday, July 15, 2012

Kelebihan Bulan Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, manakala pintu-pintu Neraka ditutup, Syaitan dirantaikan." [Riwayat Bukhari & Muslim]



Kelebihan Bulan Ramadhan
i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar 'ra-mim-dal', yang bererti "panas" atau "panas yang menyengat". Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud "menjadi panas atau sangat panas", atau diertikan juga sebagai "hampir membakar". Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut 'Siyam' atau 'Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar 'Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala Syaitan dan Iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu Syurga dan menutup pintu Neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca al-Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipat gandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu 'Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. [Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 185] 

Sumber: http://www.iluvislam.com

Sunday, June 17, 2012

Counseling is Beautiful

salam bumi... ada apa dengan gambar di atas ni ek?
Kata kawan-kawan.. It's all about human...
Bagi saya, bukan pasal color ke? sebab.... saya suka warna-warni... hihihi ;)
Ada juga yang kata sharing, positively... care, tenderly... love,absolutely... trust,sincerely... ending.. live happily... :) pandangan mata memang berbeza.. kita semua kan unik..
Apa-apa pun, saya percaya kepada "warna-warni" kehidupan... kita diciptakan oleh Pencipta yang sama.. berpijak di bumi yang sama, malah akan kembali ke tempat asal yang sama... yang membezakan kita hanyalah "bekal" yang dikumpul di dunia dan yang akan di bawa "ke sana" nanti... yang membezakan kita apa yang kita lakukan sepanjang "pementasan" kita di dunia "lakonan" ini... tengoklah akhirnya siapa yang menang "awards" dan untuk anugerah apa. huhu
Ada apa pada kaunseling? Dalam kaunseling ada kasih sayang ♥... haa... yang ni saya suka♥
sharing is caring, caring is loving... without love ♥, life is nothing... also, without God (ALLAH), we are nothing!! Believe me... dalam kaunseling antara sifat-sifat yang perlu ada pada diri seorang kaunselor.. kaunseling: cut apple A: 
Caring, Understanding, Trusting, Acceptance, Positive Thinking, Patience, Listening, Empathy, Assertive... 
Sebenarnya, bagi saya kesemua sifat tersebut perlu ada di dalam diri kita walaupun bukan sebagai seorang kaunselor..  

Jadilah seorang pendengar yang baik,
nescaya kata2mu didengari

Jadilah seorang yang mengasihi,
nescaya kamu dikasihi

Jadilah seorang yang pemurah,
nescaya dirimu diberkati

Jadilah seorang yang memahami,
nescaya kamu dihormati

Jadilah seorang yang jujur dan berkata benar
nescaya kamu disegani

Jadilah seorang yang tekun dan ikhlas dalam urusanmu
nescaya kehidupanmu dirahmati

Jadilah seorang yang selalu bersyukur
nescaya ditambahi segala nikmat buatmu

Konsep Ikhlas:
Maka.. Ikhlaslah dalam segala amalan harian kita, juga segala kerja yang kita lakukan... termasuklah dalam mendidik dan membantu orang sekeliling... 

‎"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan" (Al-Hujuraat 49:18)

Konsep Sabar & Syukur:

“Aku menangis kerana tidak berkasut sehinggalah aku bertemu insan yang tidak berkaki...”
Bersikap positif dan optimislah dalam hidup.. Jika hari ini anda menghadapi hal yg tdk baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.... 
Redhalah menghadapi kenyataan yg tdk boleh dielakkan, kerana anda akan terus menghadapi masalah yg tdk mampu anda ubah. Yang boleh anda lakukan ialah menghadapinya dengan SABAR dan IMAN.....
Tidak ada yang mampu kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tidak mampu kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum kita mengenal Tuhan dan mampu menerima diri ini apa adanya.. 

Akhir kata, jadikan kata-kata ini sebagai pedoman & motivasi hidup.. Semua ilmu ALLAH itu indah... Kaunseling itu indah... jika diterapkan dengan unsur spiritual... ALHAMDULILLAH.. insyaALLAH.. ;)


Saturday, June 16, 2012

Surat Untuk Calon Suamiku

Keserasian jiwa lebih utama brbanding fizikal..jk smkin kuat kserasian antara ke2 jiwa maka akn smakin kuat rasa cinta..kserasian adlh asal kpd perasaan kasih syg&kesesuaian sehingga mnimbulkn perasaan saling sefahaman&akhirnya timbullah perasaan saling mencintai antara satu sama lain(dibwh rahmat-NYA)..♥ =)


Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..... 
Dear calon suamiku... 
Apa khabar imanmu hari ini? 
sudahkah harimu ini diawali dengan syukur 
kerana dapat menatap kembali fana ini 
Sudahkah kau basahi dirimu dengan air wudhu 
yang dapat menyegarkan kembali ingatanmu 
atas amanah yang saat ini kau tengah genggam? 

Wahai calon suamiku... 
Tahukah engkau betapa Allah menyintai aku dengan dasyatnya? 
Di sini aku dilahirkan sudah dewasa 
agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan siap untuk mendampingi dirimu.. 
kelak meskipun keluh kesah menerpa, 
namun kini kumerasakan diri ini lebih baik.. 
kadang aku selalu bertanya mengapa Allah mengujiku tepat di hati ini.. 
Bahagian yang paling rapuh 
namun kini aku sudah tahu jawabannya 
Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku senantiasa mengingati-Nya kembali menyintai-Nya 
Ujian demi ujian InsyaAllah menjadikan diriku ini tabah 
sehingga saat kelak kita bertemu, 


kau akan bangga memilik aku di hatimu...   



Calon suamiku..   

Entah dimana kau saat ini 
Tapi aku yakin Allah juga menyintaimu sebagaimana Dia menyintaiku 
Dia kini melatihmu menjadi mujahid yang hakiki 
Hingga kelak aku jua bangga memilikmu dalam hatiku.. 
Aku masih haus akan ilmu 
namun dengan ilmu yang kuada saat ini 
aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan-Nya dan juga pendampingmu di syurga kelak..... Aamiin 

wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah..




By: <Tautan Hati> <CINTA ALLAH CINTA ABADI> ♥ ;)

Sunday, June 3, 2012

Sami Yusuf - Forgotten Promises



To night the World will sleeep but Hunger will not wait for promises we made
we share one soul we share one land we have one time to understand
we all one human kind brothers side by side, we’ll have no regret we will not forget
we all one human kind sisters side by side,we’ll have no regret we will Not forget... :) ♥

Surah al-Hasyr (ayat 21-24)

Apabila dibaca Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu akan memperolehi syurga.













Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.al-Hasyr, Ayat 21-24 

InsyaAllah :)

Sumber: Buku Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ustaz Ismail Kamus)
RQ Note: Hadis Dha'if


Saturday, May 26, 2012

Ninja kids??



salam bumi... hari2 yg dilalui, perlu hadapi dgn TENANG,SABAR dan TAWAKAL...Don't forget to SMILE.. (penyejuk HATI) ;)

Ingin ku petik pengajaran dari kisah si Kura-kura.. Indahnya ciptaan-NYA.. dari kejadian alam sekitar dan makhluk ciptaan-NYA yg lain pun kita boleh jadikan pengajaran dan pedoman hidup.. Jom! Teroka & fikir2kan..

Jika aku rasa lemah,aku akan menjadikan kisah-kisah spt ini sebagai penguat semangat ku.. Tengoklah si kura-kura yg tdk pnh putus asa meneruskan langkah wlpn langkahnya tdk selaju si arnab.. akhirnya (dgn izin Tuhan) berjaya juga sampai ke akhir garisan.. ;)



Pedoman hidup: teruskan melangkah... kita TAHU apa yang kita MAHU, kita MAHU apa yang kita TAHU.. dream big & take action!!
Kisah si semut pula... hihi.. semut? ada apa dgn semut? pengajaran yang boleh saya jadikan sebagai motivasi atau pedoman hidup... semut yang tidak jemu... cuba tengok semut tu angkut makanan... disebalik kesungguhan,kesanggupan semut tu yang sanggup menggalas beban yang secara zahirnya kita nampak.... tapi,semuanya untuk kebaikan dan persediaan masa hadapannya... betul tak? sama-sama fikirkan... :) (an-Naml)

Semut menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa henti. Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun. Padahal usianya tidak lebih dari setahun..ketamakan sedemikian besar sehingga ia berusaha dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya....


Pedoman hidup: OPTIMIS lah dalam melihat peluang-peluang yang ada disebalik kesukaran... sesungguhnya disebalik kesukaran itu ada kesenangan... Indah~


Si itik pula yang sentiasa cool&cute je untuk menstabilkan dirinya walaupun duduk atas air...dapat terus je terapung... sebab apa? sebab itik tu yakin dan cuba rileks je... so? kita ni manusia sebelum apa-apa, perlu rileks bah...bila dah ok, baru boleh fokus kepada matlamat (jangan lupa, set matlamat tu dulu, biar jelas!!)... InsyaALLAH, siapa yang sudah ada matlamat yang jelas, disamping Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal... kita juga boleh terus bergerak dengan mudah... so, tenang-tenang ya kawan..


Pedoman hidup: Never step back, just move forward
Jika langkahmu semakin berat, jiwamu seharusnya lebih kuat.... :) aja aja fighting!!
Lebah? yang disebut dalam al-Quran (al-Nahl) : "atas perintah ALLAH, ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal..." sarangnya dibuat berbentuk segi enam, bukannya lima atau empat... unik kan?? Lebah mempunyai disiplin kerja yang bagus yang boleh kita jadikan contoh.. contohnya, lebah mempunyai semangat kerja, kerja berkumpulan, malah segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya... Fikir2kan lah keunikan ciptaan-NYA ini... :)


Pedoman hidup: kita ciptaan-NYA yang unik... jadi, gunakan kelebihan yang kita ada untuk terus mencantikkan kehidupan...




Jika ada lagi kisah.... nnt saya sambung k... beautiful life... come from a beautiful HEART.... 

"Ya ALLAH,kuatkan jiwa dan mindaku" Amin. ♥ :)