Adikku Jihad (nombor 2) telah berjaya mendapat penempatan di daerah Segamat. Semoga menjadi pendidik yang cemerlang!
Adikku Lydia (nombor 3) telah pulih dari sebarang masalah
kesihatan. Semoga dirinya beroleh kekuatan dan mencapai apa yang diimpikan!
Adikku Zuhdi (nombor 4) telah berjaya mendapat pengkhususan
bidang pengajian seperti yang diharapkan (Syariah). Semoga terus maju ke
hadapan dan berjaya dalam pelajaran!
Adikku Haris (nombor 5) telah berjaya mengekalkan CGPA
seperti yang diusahakan. Semoga terus maju jaya dan bermanfaat di masa hadapan!
Adikku MAsri (nombor 6) sedang berusaha sedaya upaya dalam
ujian dan pelajaran (PT3). Semoga berjaya dengan cemerlang, gemilang dan
terbilang!
Adikku Ila (nombor 7) sedang berusaha untuk menjadi lebih
matang dan bersungguh dalam pelajaran dan aktiviti harian. Semoga berjaya
dengan cemerlang!
Tidak kulupakan…
Babaku sedang berusaha sedaya upaya melawan penyakit yang
sedang menimpanya (kanser), berhempas pulas menghadapi ujian-ujian ketika
menjalani rawatan kimoterapi, sakit jatuh bangun tidak sendirian.. Semoga tetap
bertahan dan kuat dalam meneruskan kehidupan, tidak putus asa dengan Rahmat
Ujian Tuhan!
Mamaku sedang berusaha sedaya upaya menguruskan makan pakai
baba dan anak-anak. Semoga tetap bertahan dan kuat dalam menghadapi ujian yang datang,
tidak putus berdoa kepada ALLAH yang menyembuhkan, yang memberikan kekuatan!
Suamiku tersayang Mohd Syafiqul Hamzah… sedang berusaha
sedaya upaya untuk memberikan aku dan anak-anak keselesaan, kemewahan,
kebahagiaan. Semoga tetap bertahan, percaya, yakin dengan rezeki dari Tuhan,
tetap berusaha tanpa kecewa, tetap berdoa kepada yang Esa untuk membukakan
pintu-pintu kebaikan. Semoga mendapat keberkatan dalam setiap yang dilakukan!
Anakku Muhammad Ammar Hamzah yang tercomel, sedang menjalani
proses pembelajaran. Jatuh bangun
semula, sakit ibu baba, keluarga jaga, belajar berdikari bila ibu tinggal
Muhammad sendiri, rajin tolong ibu buat kerja (jangan masa kecik aje), semoga
tetap cerdas, cerdik, ceria, rajin, memahami dan membesar seperti yang
diharapkan!
Sayang semua kerana ALLAH!