Angka 5 banyak sekali dikaitkan dengan amalan dan
peristiwa di dalam Islam. Antaranya:
1) 5 waktu solat fardhu sehari dan semalam yang wajib
didirikan oleh setiap individu Muslim:
a. Subuh
b. Zuhur
c. Asar
d. Maghrib
e. Isyak
2) 5 Rukun Islam, iaitu:
a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Solat 5 waktu sehari semalam
c. Berpuasa di bulan Ramadhan
d. Mengeluarkan zakat
e. Mengerjakan haji diBaitullah
3) 5 hukum syariah islamiyah, iaitu:
a. Wajib
b. Haram
c. Sunat
d. Makruh
e. Mubah (Harus)
4) 5 dosa besar yang dirakamkan di dalam Al-Quran:
a. Syirik kepada Allah
b. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali
dengan alasan yang hak.
c. Memakan Riba
d. Memakan harta anak-anak yatim
e. Menuduh wanita-wanita baik, terpelihara kehormatan
lagi terpelihara keimanannya melakukan zina.
5) 5 perkara yang menyebabkan seseorang itu tercebur di
dalam munafik tulen:
a. Suka bercakap dusta (bohong)
b. Bila memegang amanah, dia khianat
c. Bila berjanji atau bersumpah, dia selalu mungkiri
d. Berpaling dari medan perang
e. Apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran
(menegakkan benang basah)
6) Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:
a. Pertama: Masa sihat sebelum sakit
b. Kedua: Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)
c. Ketiga: Masa lapang sebelum tiba masa sibuk
d. Keempat: Masa mudamu sebelum datang masa tua
e. Kelima: Masa hidup sebelum tiba mati (H.R
al-Hakim& al-Baihaqi)
7) 5 perkara yang wajib disegerakan
Dari Hatim al-Asam: ‘Terburu-buru itu
termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat’, maka ia turut termasuk dalam
sunnah Rasulullah SAW:
a. Pertama: Apabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu,
WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.
b. Kedua: Apabila ada berita kematian atau seseorang
meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat
tersebut.
c. Ketiga: Apabila seseorang anak gadismu telah cukup
umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu mengahwinkannya.
d. Keempat: Apabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni
Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala
sampai masanya.
e. Kelima: Apabila pelbagai kesalahan dan dosa telah
dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan
memohon keampunan daripada-NYA.
8) 5 Perang Besar di zaman Rasulullah SAW
Sepanjang hayat Rasulullah SAW,
terdapat lima peperangan besar yang amat penting di dalam pengembangan agama
Islam selain gerakan-gerakan ekspedisi yang kecil-kecilan.
Perang-perang tersebut telah mencetus
dan memangkinkan penyebaran agama Islam ke seluruh jazirah Arab hinggalah
terbentuk sebuah negara Islam yang berdaulat dan diiktiraf oleh seluruh dunia.
Di dalam peperangan tersebut
Rasulullah SAW pernah sekali tewas dan selebihnya memenangi peperangan itu.
Peperangan tersebut ialah:
a. Perang Badar
b. Perang Uhud
c. Perang Khandak
d. Perang Muktah
e. Perang Hunain
9) 5 orang Nabi Bertaraf Ulul Azmi
Ulul Azmi ialah gelaran yang diberikan
kepada rasul-rasul Allah yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana
ketabahan yang luar biasa, dalam menyampaikan risalah agama Allah SWT.
Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang
rasul yang dianugerahkan dengan gelaran Ulul Azmi:
a. Nabi Nuh a.s.
b. Nabi Ibrahim a.s.
c. Nabi Musa a.s.
d. Nabi Isa a.s.
e. Nabi Muhammad SAW
10) 5 sebab digelar Ulul Azmi
a. Mendapat pengiktirafan Allah SWT.
b. Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
c. Sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum mereka
tidak diturunkan azab.
d. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya memberi
hidayah kepada kaum mereka.
e. Memiliki keazaman (tekad) yang tinggi, kuat dan kental
semasa berdakwah.
Note: sekadar perkongsian... :-) walaupun dah tahu, tak mengapa... ILMU itu tetap mengalir...
No comments:
Post a Comment