Labels

Saturday, May 26, 2012

Ninja kids??



salam bumi... hari2 yg dilalui, perlu hadapi dgn TENANG,SABAR dan TAWAKAL...Don't forget to SMILE.. (penyejuk HATI) ;)

Ingin ku petik pengajaran dari kisah si Kura-kura.. Indahnya ciptaan-NYA.. dari kejadian alam sekitar dan makhluk ciptaan-NYA yg lain pun kita boleh jadikan pengajaran dan pedoman hidup.. Jom! Teroka & fikir2kan..

Jika aku rasa lemah,aku akan menjadikan kisah-kisah spt ini sebagai penguat semangat ku.. Tengoklah si kura-kura yg tdk pnh putus asa meneruskan langkah wlpn langkahnya tdk selaju si arnab.. akhirnya (dgn izin Tuhan) berjaya juga sampai ke akhir garisan.. ;)



Pedoman hidup: teruskan melangkah... kita TAHU apa yang kita MAHU, kita MAHU apa yang kita TAHU.. dream big & take action!!
Kisah si semut pula... hihi.. semut? ada apa dgn semut? pengajaran yang boleh saya jadikan sebagai motivasi atau pedoman hidup... semut yang tidak jemu... cuba tengok semut tu angkut makanan... disebalik kesungguhan,kesanggupan semut tu yang sanggup menggalas beban yang secara zahirnya kita nampak.... tapi,semuanya untuk kebaikan dan persediaan masa hadapannya... betul tak? sama-sama fikirkan... :) (an-Naml)

Semut menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa henti. Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun. Padahal usianya tidak lebih dari setahun..ketamakan sedemikian besar sehingga ia berusaha dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya....


Pedoman hidup: OPTIMIS lah dalam melihat peluang-peluang yang ada disebalik kesukaran... sesungguhnya disebalik kesukaran itu ada kesenangan... Indah~


Si itik pula yang sentiasa cool&cute je untuk menstabilkan dirinya walaupun duduk atas air...dapat terus je terapung... sebab apa? sebab itik tu yakin dan cuba rileks je... so? kita ni manusia sebelum apa-apa, perlu rileks bah...bila dah ok, baru boleh fokus kepada matlamat (jangan lupa, set matlamat tu dulu, biar jelas!!)... InsyaALLAH, siapa yang sudah ada matlamat yang jelas, disamping Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal... kita juga boleh terus bergerak dengan mudah... so, tenang-tenang ya kawan..


Pedoman hidup: Never step back, just move forward
Jika langkahmu semakin berat, jiwamu seharusnya lebih kuat.... :) aja aja fighting!!
Lebah? yang disebut dalam al-Quran (al-Nahl) : "atas perintah ALLAH, ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal..." sarangnya dibuat berbentuk segi enam, bukannya lima atau empat... unik kan?? Lebah mempunyai disiplin kerja yang bagus yang boleh kita jadikan contoh.. contohnya, lebah mempunyai semangat kerja, kerja berkumpulan, malah segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya... Fikir2kan lah keunikan ciptaan-NYA ini... :)


Pedoman hidup: kita ciptaan-NYA yang unik... jadi, gunakan kelebihan yang kita ada untuk terus mencantikkan kehidupan...




Jika ada lagi kisah.... nnt saya sambung k... beautiful life... come from a beautiful HEART.... 

"Ya ALLAH,kuatkan jiwa dan mindaku" Amin. ♥ :) 



Thursday, May 24, 2012

One Big Family ♥


I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny
Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance
Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family
It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile
I care about you 
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one

One Big Family Lyrics
By: Maher Zain


 ~dedicated to: all my brothers & sisters~ :)

© Sumber: http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/one-big-family/

Bacaan Selepas Solat



BUKAN HANYA UNTUK MUAZ... setiap wasiat ditinggalkan Baginda saw adalah terpakai untuk seluruh umatnya, termasuk kita di akhir zaman ini. Lagi pun, bukan payah sangat pun nak amalkan apa yang dianjurkan Baginda ini, kan? 


(Petikan dari Majalah Dian - Ihya' As-Sunnah, Edisi 6 (Jun '12), halaman 17)

Tuesday, May 22, 2012

Keistimewaan Rejab

Dengan izin Allah SWT, kitasudahpun berada di bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1433 ini. Jika diperhatikan,manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.
Adayang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibukdan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambutkedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkanamalan di dalamnya. Ada pula yang menyambutnya dengan terlampaumempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkanamalan padanya.
Kitamerasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami danmengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknyatanpa melampau atau mencuaikan.Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatanganRejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaantetamu agung, Ramadan al-Mubarak.
Ramadansudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman danpara pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepadaRamadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendampingsetia kepada Ramadan.
Keterkaitandalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotongdoa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, “YaAllah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umurkami hingga sampai ke bulan Ramadan”.(diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalamal-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).
Sebenarnyakeistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannyasebagai salah satu daripada empat bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya:Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allahdi waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram….(at-Taubah: 36)
Paraulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWTdalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalamal-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salahsatu daripada bulan-bulan haram.
Mengikutpandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulanRejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAWiaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.
Sebagaigolongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepasdaripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkancontoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalandengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengankeberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda.(Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai halini dalam tafsirnya).
Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailahkita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir danbersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebihcemerlang.
Sebahagianulama menganjurkan kita membanyakkan istighfardi bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulanSyaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisiatau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkandengan istighfar dan taubat.
Sesudahkita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kitabertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkantilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.
Jikadirenungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demimembantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.
Jikamenjadi keyakinan setiap mukmin bahawa hidup dunia ini sebagai suatu ujian ataupeperiksaan besar, maka Ramadan dan segala hari dan bulan yang istimewa dalamIslam bolehlah dianggap sebagai kelas-kelas tambahan atau ujian-ujian latihan.Ia akan mendorong kita sentiasa peka dan siap-siaga dalam mengharungi prosesujian tersebut.
Dengansegala kelemahan yang ada pada diri insan adalah sukar untuk menempah kejayaandalam ujian kehidupan ini jika kita tidak dapat menumpang belas ihsan danrahmat Ilahi. Dan sememangnya Allah SWT maha kaya dengan sifat rahim, ihsan danadil serta segala sifat-sifat kesempurnaan.
Diantara gambaran ihsan dan keadilan Allah SWT bagi kita para hambanya yangdiletakkan dalam ujian yang getir ini, kita tidaklah dibiarkan sendirian tanpapanduan. Selari dengan fitrah manusia sukakan kepelbagaian, silih-berganti haridan bulan Islam berserta dengan kaitannya dengan sirah Nabi memberi ruang untukkita memperkukuhkan tautan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Dibulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakanceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adatdan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka denganagama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yangterpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.
Malahpara pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencarimunasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi denganpenambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.
Inilahantara pandangan tokoh besar ulama dunia Islam, al-Muhaddith Dr. SayyidMuhammad Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam tulisan khususnya mengenai Israkdan Mikraj bertajuk al-Anwar al-Bahiyyah min Isra’ wa Mi’raj Khayr al-Bariyyah.
Beliauturut menegur golongan yang menentang penganjuran majlis sedemikian dengankatanya: “Memanfaatkan perhimpunan orang ramai dengan memberikan peringatan,petunjuk, nasihat dan mengarahkan mereka kepada kebaikan adalah lebih utamadaripada menghalang, menolak dan mengingkari perhimpunan mereka dengan alasanyang tidak ke mana. Selama ini pun, apa yang dapat dilihat tegahan mereka tidakpun memberikan sebarang kesan”.
Sememangnyaperistiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagaipengajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat. Selain antaramukjizat besar yang membuktikan kenabian Nabi kita SAW, ia telah menjadi saatumat Islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.
Ia jugamemperjelaskan keistimewaan kedudukan kita sebagai umat Nabi SAW dengan sebabmenumpang keistimewaan dan keutamaan Nabi SAW yang menjadi Imam segala Nabi danRasul. Melalui peristiwa tersebut kita juga diperingatkan realiti kehidupanakhirat dengan balasan azab dan nikmat yang akhirnya meletakkan segala yangkita lalui dan punyai dalam kehidupan ini dalam perspektifnya yang sebenar.
Inilahsekadar segelintir perkara iktibar di sebalik kehadiran bulan Rejab danperistiwa Israk dan Mikraj yang wajar diperincikan lagi dan diulang-ulangkan.
Semogakita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalamnaungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWTkepada kita. Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun ini lebih baikdaripada tahun sebelumnya... Amiin... ;)

Sumber: <Islam Itu Indah>

Wednesday, May 16, 2012

♥ JARAK ITU INDAH ♥

Jika Aku Jatuh Cinta, Jagalah Hatiku Agar Tidak Berpaling DaripadaMu
Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah,
Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu....


Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia kerana:
Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia bjanji utk BERUBAH menjadi yg lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia bjanji utk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia bjanji utk MENCINTAI Pencipta kami lebih dr segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia bjanji utk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yg diredhai..

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥
Ya Allah semoga hubungan ini berkekalan hingga ke JANNAH!
Amin Ya Rabbal A'lamin.. 



Sunday, May 13, 2012

Ku Milik-MU&cintaku krn agamamu


Sudah pasti..
Peluang yang tiba akan ku rebut..
Penantian yang ditunggu akan diakhiri
Usaha dan terus berusaha
Tanpa mengenal jemu dan putus asa..
Sudah pasti...
Jawapan yang sentiasa cuba ku cari
Akan ku dapatkan walau ke mana sahaja
Apa sahaja usaha yang ku lakukan
Akan ku akhiri dengan kejayaan
Tidak kira berapa lama waktu diambil
Tidak kira berapa banyak masa dan tenaga
Akan tetap aku teruskan juga
Sudah pasti...
Kejayaan itu akan menjadi milikku
Peluang itu akan datang kepadaku
Hasilnya akan mampu aku perolehi
Sudah pasti...
Segalanya akan ku genggam dalam tangan ini..


Demi kasih&syg Ilahi,kugagahi kaki ini untuk terus melangkah lagi.... :) Kudrat IMAN...

Friday, May 11, 2012

Pahala Senyum Paling Besar

Mulakan harimu dengan berkata "selamat datang wahai hari yang ceria,aku sedang menantimu dengan penuh bahagia (sambil tersenyum)..." :)
Kisah teladan:
ABU Yazid Al-Busthami ialah seorang sufi. Pada satu hari diadidatangi lelaki yang wajahnya usamdan keningnya berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:"Tuan Guru, sepanjanghidup saya, rasanya tidak pernah saya terlepas beribadat kepada Allah. Oranglain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudahmembaca Al-Quran. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki, tetapimengapa saya selalu malangdan kehidupan saya penuh kesulitan?”Abu Yazid menjawab :"perbaiki penampilanmudan ubah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah s.a.w. adalah makhluk dunia yang miskin,namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, antaratanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuatkan orang curiga padanya.” Lelaki itu tertunduk.
Dia berjanji akan memperbaiki penampilannya. Selepas itu wajahnya sentiasaberseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah,sesudah itu dia tidak pernah lagi untuk berkeluh kesah mengenai nasibnya yang malang kepada Abu Yazid.Seperti kata Rasulullah s.a.w:"sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan.”Bagaimanapun, tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam menganjurkankesederhanaan. Baik dalam berpakaian, menghias, tubuh atau dalam sikaphidup sehari-hari. Jubah Rasulullah s.a.w sering luntur warnanya, tetapi sentiasabersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sederhana danbertampal-tampal tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnyasentiasa tersenyum dan riak mukanya berseri. Tidak hairan Imam Hassan Al-Basriberpendapat, keberkatan satu pekerjaan adalah riak muka yang ramah dan penuhsenyum. Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapipaling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebabtiada persoalan boleh diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan danketegangan. Dalam hati tenang, fikiran dingin dan wajah cerah, insyaAllah,apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Ini yang dinamakan keluarga sakinah,yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Pedoman hidup: SMILE: ;) Tidak akan menjadi miskin org yg memberinya..Namun akan bertambah kaya bg org yg mendapatkannya.. SENYUM tak perlu waktu yg panjang.. Namun kekal dalam ingatan sampai akhir hayat.. ;)

Monday, May 7, 2012

La Tahzan --> Kebahagiaan IMAN

Tiada Jalan yang paling baik selain jalan untuk mendekati ALLAH

Terkadang jiwa tergerak kerana satu dorongan tertentu, sedangkan ia mempunyai kunci untuk membuka belenggu yang mengikatnya.

Tahukah anda apa bahagia itu? Adakah ia terletak pada harta yang banyak atau jawatan yang tinggi? Untuk menjawab soalan ini, eloklah kita cuba perhatikan keadaan berikut:
Pasangan suami isteri sedang bertengkar amat sengit, si suami berkata: “Aku akan buat engkau susah!” Si isteri menjawab dengan tenang: “Kamu tidak akan mampu.” Suami berkata: “Mengapa tidak?” Si isteri menjawab lagi: “Jika kebahagiaan terletak kepada harta, maka kamu boleh menahannya dariku. Jika kebahagiaan terletak pada perhiasan, maka kamu boleh menghalangnya supaya tidak sampai kepadaku. Kebahagiaan itu bukan pada apa yang kamu miliki, atau yang dimiliki manusia lainnya. Tetapi kebahagiaan itu aku temukan pada KEIMANANku di dalam hati. Dan hatiku tidak ada yang boleh menguasai kecuali Tuhanku.”
Benar! Itulah kebahagiaan yang sebenar, iaitu kebahagiaan IMAN. Tidak ada yang merasakannya kecuali orang yang hatinya, jiwanya, fikirannya mengalirkan cinta kepada ALLAH. Yang mempunyai kebahagiaan sejati adalah DIA yang Maha Esa, maka mohonlah kebahagiaan dari-NYA dengan ketaatan.

Tidak ada cara untuk memperolehi kebahagiaan melainkan dengan mengikuti ajaran agama yang benar, iaitu agama yang dibawa Rasulullah s.a.w. sesiapa mengetahui jalan ini, maka tidak akan menjadi masalah baginya sama ada tidur di dalam pondok, berbantalkan jerami, atau hanya makan sepotong roti, tetapi ia menikmati dan bahagia di dunia.
Orang-orang yang melencong dari jalan ini, maka hari-harinya akan dihiasi dengan kesedihan, hartanya akan menjadi beban, amal perbuatannya akan merugikannya, dan hujungnya ia tercampak dalam keadaan terhina.

Pedoman hidup: Memang tidak dinafikan harta perlu untuk menjalani hidup, tetapi kita hidup di dunia bukanlah semata-mata untuk mencari harta. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon afiat dan kesihatan.”
---> Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH.. ;)

Ketahuilah Oleh mu…

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. 
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha…
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... 
Allah SWT sudah menghitung airmatamu…
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu merasa berlalu begitu saja... 
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu…
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... 
Allah SWT selalu berada disampingmu… 



Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... 
Allah SWT punya jawapannya… 
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... 
Allah SWT dapat menenangkanmu… 
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... 
Allah SWT sedang berbisik kepadamu… 
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... 
Allah SWT telah memberkatimu… 
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... 
Allah SWT telah tersenyum padamu…
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... 
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu… 
Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... 
Allah SWT TAHU ....... 


Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat… 

~LahawlawalaQuwwataIllabillah~ ;)