Labels

Saturday, December 18, 2010

Carilah Ilmu Galilah Hikmah

Dipetik dari buku: Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni.

Untuk mendapat kebahagiaan, anda perlu mengerti dan memahami hal-hal yang berkaitan dengan agama anda. Mempelajari ilmu-ilmu (terutama ilmu tauhid) akan menerangi hati dan membuat Allah meredhai, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Jika Allah menghendaki seorang hamba menjadi baik, maka Allah akan menjadikannya mengerti tentang agama.” Kerana itu, bacalah buku-buku yang bermanfaat yang boleh menambah ilmu dan pengertianmu tentang agama, seperti kitab Riyadhus Solihin, Fiqh as-Sunnah, Fiqh ad-Dalil, kitab-kitab tafsir yang mudah difahami dan artikel-artikel yang bermanfaat.

Anda perlu sedar bahawa sebaik-baik usaha adalah usaha untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh Allah dalam kitab-Nya, dan mengetahui apa yang dimaksudkan oleh utusan-Nya dalam sunnahnya. Rajin-rajinlah mengkaji kandungan al-Quran dan mempelajarinya bersama kawan dan sahabat. Sebaik-baiknya, hafazlah ayat yang mudah dihafaz. Dan elok juga sering mendengar bacaan al-Quran, kemudian berbuatlah sesuai dengan pesanan al-Quran.

Kejahilan tentang selok-belok Islam tidak ubah seperti berada dalam kegelapan, dan menyebabkan hati bingung. Buatlah perpustakaan sendiri walaupun jumlah bukunya sedikit tetapi bermanfaat. Namun jangan sampai waktumu terbuang sia-sia hanya untuk mendengar muzik atau hanya sekadar menontot TV. Setiap detik dari umurmu akan dicatat, maka laburkanlah umurmu untuk keredhaan Allah.

Pedoman hidup: Perkara yang paing sukar pun akan menjadi lebih mudah jika disertai dengan senyuman dari seorang yang ikhlas.

Biarlah Kita Bahagia Dengan Cara Kita Sendiri

Dipetik dari buku: Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni.



Orang yang sakit akan seronok selepas sembuh dan akan merasa kehilangan selepas penyakit tiada.

Muzik yang tidak keruan, nyanyian yang murahan, filem yang merosak, drama-drama bersiri yang menyesatkan, majalah lucah yang mengghairahkan dan buku-buku fiksyen yang tidak berkualiti, tidak dapat memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada anda.

Jika ada orang mengatakan perkara-perkara seperti itu boleh memberi kebahagiaan maka orang itu adalah pembohong besar. Semua ini adalah menjerumuskan, membuka jalan kesedihan, menjadi pintu kegundahan, kekalutan dan kesedihan hati. Dengan benar-benar mengakui bahawa hal ini tidak bermanfaat, maka pergilah dari kehidupan yang menyusahkan ini, kehidupan yang tidak berguna, membuang waktu dan penuh dengan orang yang telah melencong dari jalan Allah yang lurus. Ini berdasarkan pengakuan seorang wanita yang telah bertaubat dari semua itu.

Oleh itu, kita perlu berfikir dan mengkaji dengan penuh tumpuan, membaca hal-hal yang bermanfaat, nasihat yang mulia, khutbah yang membina, kejujuran yang menguntungkan dan taubat yang sebenar-benarnya. Marilah menuju kepada majlis zikir dan pengajian. Mudah-mudahan Allah menerima taubat anda dan ketenangan jiwa akan sentiasa ada padamu.

Pedoman hidup: Kesihatan hati ialah apabila ia bersih dari penyakit syirik, nifaq dan hasad dengki.

“Oh Tuhanku, lapangkanlah dadaku.”

Thursday, December 16, 2010

Umat Islam Masa Kini (part 1)



Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Beliau duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya ada permainan...Caranya
begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiritangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian si guru kembaliberkata, "Baik,sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!"Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.Selangbeberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu
haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksa kita dgn berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi batil, dan sebaliknya."" Pertamanya mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapikerena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian
terbiasa dengan hal itu. Dan anda dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan,
berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikitmenerimanya.Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."

Umat Islam Masa Kini (part 2)


"Baik permainan kedua..."Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranyamengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berfikir.Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan mengambil Qur'an tersebut. Beliaumemenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.Tapi,mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah dgn aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin merobohkan rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumahdihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib dan lain-lain. Tapi sekarang tidaklagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Indah Hati


Indah bukan pada zahir,tapi terletak pada tutur,terhampar pada pekerti,terserlah pada santun,tersentuh pada hati...Yang indah itu sukar dicari...Tanpa menilai dari mata dan hati...

Erti Cinta & Perkahwinan

ERTI CINTA

Suatu hari, Plato bertanya pada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukan cinta?

Gurunya menjawab, Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh berundur kembali, kemudian ambillah satu sahaja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta.” Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?”

Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saha

ja, dan saat berjalan tidak mundur kembali(berbalik)”.

Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tidak ku ambil ranting tersebut. Saat aku meneruskan perjalanan lebih jauh lagi, baru ku sedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya”.

Gurunya kemudian menjawab, “Jadi ya, itulah cinta”.

(Cinta itu semakin dicari, maka semakin tidak ditemukan. Cinta adanya di dalam lubuk hati, ketika dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih. Ketika pengharapan dan keinginan yang berlebih akan cinta, maka yang dia dapat adalah kehampaan… tiada sesuatupun yang dia dapat, dan tidak dapat dimundurkan kembali. Waktu dan masa tidak dapat diputar. Terimalah cinta apa adanya)


ERTI PERKAHWINAN....

Di hari yang lain, Plato bertanya lagi

pada gurunya, “Apa itu perkahwinan? Bagaimana saya mampu menemukannya?”

Gurunya menjawab ; Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa menoleh ke belakang dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan”.

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar / subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-biasa saja.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”

Plato pun menjawab, “sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi di kesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan aku rasa tidaklah buruk yang amat, jadi kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya”.

Gurunya kemudian menjawab, “Dan ia, itulah perkahwinan”.

(Perkahwinan adalah lanjutan dari cinta. Adalah proses mendapatkan kesempatan, ketika kamu mencari yang terbaik di antara pilihan yang ada, maka akan mengurangi kesempatan untuk mendapatkannya, ketika kesempurnaan ingin kamu dapatkan, maka sia-sialah waktu dalam mendapatkan perkahwinan itu, kerana kesempurnaan itu mengecewakan.)


Alangkah susahnya mendidik hati

"Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."

Matlamat

Seringkah kita trfikir, bgmna mulia&bersihnya hati Nabi kita, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dmusuhi, tetap mmbntu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi....Tetapi kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah kecewa bila orang lain tak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati, mudah terhiris bila gurauan melampaui batas, mudah mengeluh bila ujian menimpa...Ayuh!! Kita bangkitkan diri, tingkatkan amalan kpdNYA demi mngejar matlamat trbesar kita...Jgn gadaikan matlamat besar kita hnya krn prkara2 Furu'...Renung2kan...

Amal yang soleh (IMAM AL-GHAZALI)

Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasihnya itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya didalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri. IMAM AL-GHAZALI

Ahli Ibdat & Ahli Maksiat

Bersahabat dgn ahli ibadat kdg2 mmbuatkn diriku terasa hina...bersahabat dgn ahli maksiat kdg2 mmbuatkn diriku mnjadi hina...namun, jika aku mnjauhi ahli ibadatjauhlah aku dr dakwahnya...dan jika aku mnjauhi ahli maksiat jauhlah aku utk berdakwah kpdnya...krn itu aku perlu sentiasa mnjadi hamba yg hina di hadapan-NYA....

Indahnya ciptaan ALLAH


Aku minta kpd Tuhan setangkai bunga segar, diberi kaktus berduri...Aku mintakupu-kupu2, diberi ulat berbulu...Aku sedih & kecewa...Namun kemudian , kaktus itu berbunga, indah sekali. Ulat itupun menjadi kupu2 yg cantik...Itulah jalan Tuhan, indah pd masa-NYA...Tuhan tdk memberi apa yg kita harapkan, tetapi DIA memberi apa yg kita perlukan...kadang2 kita sedih, kecewa & terluka...tetapi jauh diatas segalanya DIA telah mngatur yg trbaik dlm kehidupan kita...

Sesungguhnya disebalik kesukaran itu lahirlah kesenangan....